Kerana Prinsip Aku Lupakan Cita-cita
Ketika era reformasi 98, gua ada 1 cita-cita besar.
Cita-cita gua masa tu nak jadi panglima angkatan tentera darat, kemudian gua akan lakukan rampasan kuasa untuk jadikakan Anwar Ibrahim PM.
Sebagai anak kecil yang melihat bagaimana regim ketika itu menzalimi rakyat, bagaimana ayahnya dizalimi regim pemerintah ketika itu, dari makan 2 kali sehari ke makan sehari sekali.
Melihat keluarga-keluarga reformis bawahan merempat dan melarat melawan regim kerana Anwar Ibrahim, pastilah cita-cita besar itu menakhluki salur darah anak muda berdarah hijau ketika itu.
Tetapi, kerana jadi tentera di Malaya tidak boleh berjanggut, maka gua terpaksa melupakan cita-cita besar itu. Itulah, prinsip gua yang tidak boleh diganggu gugat oleh apa-apa tawaran.
Gua juga pernah mendapat tawaran jadi pegawai khas menteri dan CEO agensi kerajaan, semuanya gua tolak kerana prinsip. Begitu juga dalam bisnes, client pun gua sack kalau langgar prinsip gua.
Pernah gua ditawarkan untuk projek seorang jutawan terkemuka, tetapi disebabkan prinsip gua tidak bersama dengan kaum pondan dan gay, gua reject terus. Takpalah, rezeki dari tuhan, bukan dari jadi hamba wang.
Biarlah gua miskin, merempat dan tak kaya, asalkan gua tak buat perkara yang melanggar prinsip hidup gua.
Gua macai? Mahacai?
Come on!!!