Apabila aku melihat pertengkaran media yang berlaku diantara pihak Mizz Nina dan Noh Hujan, aku berasa sangat terkilan kerana aku pernah memuji Mizz Nina, hijrahnya dan penceraiannya sangat baik dan wajar dicontohi.
Aku juga telah memberitahu pihak Noh Hujan supaya melepaskan anak angkat tersebut dan “move on”. Mereka bersetuju dan mengakuinya. Yang menjadi isu adalah tuduhan menculik. Itulah sebabnya mengapa mereka keluar mahkamah dalam keadaan riang ria kerana pihak Mizz Nina telah menarik dakwaan tersebut.
Aku berasa pelik kenapa pihak Mizz Nina beriya-iya hendak menyerang Noh Hujan melalui media. Walhal, ia bukan sikap Mizz Nina yang dikenali. Di pihak Noh Hujan pula, mereka mendakwa terdapat isu pengabaian dan lain-lain. Aku percaya segala ini bukanlah kehendak mereka berdua, tetapi hasutan pihak lain barangkali.
Kemudian aku melihat suami baru Mizz Nina yang beriya-iya tunjuk hero dan macam nak tunjuk “perform” sambil mempromosi akaun media sosialnya yang aku lihat hanyalah seorang artis sendu di USA. Sahabat aku, peguam Mahmud Jumaat jauh lagi popular berbandingnya.
Yang membuatkan aku tersentak adalah kenyataannya,
“Let’s not normalize this in Malaysia!”
Aik, dah kenapa kau nak sekolahkan kami pula? Kau tu siapa? Sejak bila isu itu dinormalisasi? Itukan isu Mizz Nina dengan Noh Hujan. Dah kenapa kau nak kata macam tu. Aku tertanya-tanya, dia ni tahap pendidikan takat mana, nampak kurang cerdik dan hanya main cakap sahaja. Memang perangai “white” yang menjengkelkan.
Aku juga melihat sikap-sikap orang kita yang berasa kagum dengan perangai orang putih itu kononnya sangat bagus, defensif dan protektif. Baguslah. Aku harap juga orang putih itu “bread winner-lah” yang menanggung Mizz Nina dan keluarga. Bukan hanya menjadi biawak hidup yang hidupnya ditanggung oleh anak pengasas Ambank itu.
Teringat aku pengalaman lama bekerja dengan bangsa putih ini. Kawan-kawan kerja aku memanggil aku Aliff The White Slayer kerana aku suka mencabar (challenge) apa-apa isu dalam mesyuarat atau diskusi dengan konsultan (perunding) berbangsa putih ini. Bangsa ini memang suka rasa dia terpaling pandai, paling hebat, dan suka mengajar orang. Macamlah kita ni bodoh sangat.
Suatu hari, syarikat perunding yang agak terkenal di dunia telah menjadi peruding syarikat tempat aku bekerja di Abu Dhabi. Puak putih ni, bila buat pembentangan memang mantaplah. Bos-bos aku yang berbangsa Arab terkesima dengan hujah-hujah mereka. Ketika itu, mereka mengatakan mereka menggunakan teknologi AI untuk mengesan pergerakan corak (pattern) gelombang getaran dasar laut, bla bla bla..
Ketika itu tahun 2014 kot. Aku takdalah tahu sangat pasal AI masa tu, sebab aku hanyalah jurutera mekanikal yang menjadi pengurus projek. Cuma ketika aku di Australia, kawan-kawan aku ialah awwalin (orang awal) yang buat PhD dalam AI. Jadi, aku selalulah dengar diorang bercerita tentang projek-projek, masalah-masalah, dan model-model AI diorang.
Aku pun tanyalah soalan yang nampak macam teknikal tapi sebenarnya tidak pun. Aku tembak je. “Just for the sake of argument” dan nak masuk dalam mesyuarat. Aku tanya, macam mana diorang bezakan getaran gelombang dalam dasar laut itu getaran daripada kerak bumi atau bukan, contoh gelombang getaran ikan paus. Boleh tunjukkan “modelling” pengesanan yang sistem AI diorang buat dan contoh data yang diorang ada.
Sekali orang putih itu jawab macam aku tak boleh nak “brain”. Biasanya bila diorang ni dah tak boleh jawab, diorang suka bagi contoh yang konon-konon nak kasi logik. So, banyaklah perkataan “you know”, “you know” dan “you know”. Aku tau dah dia ni nak goreng. Taktau cakap jela taktau kan. Aku dah tau dia bukan orang teknikal.
Aku terus tanya,
“Bro, are you an engineer or not? Which uni (university) you read engineering?”
Dia jawab dia bukan graduan kejuruteraan. Dia graduan business school dari Hardfort tapi kononnya terlibat dengan projek tersebut. Aku tersengih dan kata kat bos aku,
“هذا حمار أبيض”
(Ini keldai putih..)
Bos aku balas,
“نعم”
(Ya..)
Ada banyak lagi cerita kaum putih ini ramai yang kantoi kaki goreng. Ada satu kes dekat situ, juruteknik dihantar kononnya jurutera, kononnya pakar. Sampai kena suruh balik apabila kantoi. Tapi bukan daripada jabatan (department) aku. Hal ini dah makruf di kalangan mereka yang pernah bekerja dengan kaum putih ini.
Orang kita pula, sama je macam orang Arab. Asal muka bangsa Rom, cakap English lancar dan ada slang belah sana, terus dianggap berpelajaran (educated), bijak dan hebat. Walhal, entah-entah dekat negara dia, hanyalah macai “loser” atau “broke” saja. Kalau berkahwin dengan bangsa omputih ini, orang kita anggap macam menang trofi.
Itulah sebabnya bangsa kita masih dijajah. Payah nak maju kerana masih ada rasa bangsa kita tak cukup bagus. Takda keyakinan diri nak berdepan dan berdebat dengan bangsa lain. Pesan nenek aku ketika aku masih kanak-kanak,
“別小看自己”
bie xiao kan zi ji
“Jangan pandang diri sendiri kecil..”