KISAH ADIK BELLA DIDERA YANG DITULIS DI DALAM AKUAN BERSUMPAH..

K

Sumpah aku tak mampu habiskan baca, menitis air mata aku, menyirap darah aku, dan menggigil seluruh tulang 4 kerat aku. Lagi parah apabila dengan jelas siasatan ke atas saksi dilakukan di hadapan OKT!

Cerita bagaimana Bella didera direkod dengan baik dan segala cerita tersebut sangat konsistan dan tally dengan saksi-saksi pendakwaan di dalam mahkamah.

Di hari Jumaat yang mulia ini, kita sama-sama berdoa agar pendera adik Bella dan mereka-mereka yang bersekutu dengan dia yang cuba menghalang adik Bella mendapatkan keadilan, dikutuk dan dicela oleh para penduduk langit dan bumi.

Demi Allah, jika darah daging korang diperlakukan sedemikian rupa, adakah korang akan berdiam diri? Malangnya adik Bella bukan sesiapa. Tidak boleh jadi alat politik macam adik Ain, tidak pula ada pemikiran liberal. Maka, tiadalah MP yang nak menyuarakan suaranya.

Maka tinggal lah, aku, Kak Mona Din, Zurianty Sudin, kawan-kawan lain dan korang-korang semua yang bangkit. Ya, kata-kata “kita jaga kita” sangat bermakna buat aku. Terima kasih korang yang support perjuangan ini.

Tanpa korang, mereka yang berkuasa tidak mungkin gusar dan goyang. Moga Allah berikan korang rahmat, taufiq, hidayah, rezeki dan kekuatan untuk berkata yang benar dan melawan yang batil.

#JusticeForBella
;(

https://www.facebook.com/aLiph.My/posts/pfbid02dE9FmcJQi8UJJPQmPX8dKKJmvVzxX1jGqYLiaGyB4ZGTJ1ZuwNubpQoguhgQExTcl

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.