KISAH PALING BENAR 3 + 1 LAPORAN DIBUAT BEBERAPA HARI LALU..

K

Aku dihubungi oleh seorang sahabat, ada 5 orang bekas penghuni nak buat laporan polis terhadap pengasas rumah perlindungan tersebut. Mereka nak minta nasihat aku.

Aku ni manjang je skeptikal. Aku malas nanti flip flop. Jadi aku kasitau, aku nak jumpa diorang dulu. Dah sampai di pejabat aku, aku tanya sendiri. Dari 5 orang kata nak datang, tinggal 3 orang sahaja yang datang.

Mereka ini anak-anak orang susah, broken family dan sangat naif. Jiwa dan diri mereka mudah dibeli dengan wang dan janji manis. Keluarga juga sama. Mungkin mereka masih dibelenggu dosa silam atau mental mereka telah dimusnahkan sepanjang tinggal di sana. 2 orang flip, terus hilang dan ghaib, katanya dah berjaya dikautim. Aku tanya sendiri, memang diorang nak report atau ada orang suruh.

Mereka kata mereka tersedar setelah kisah Bella viral. Meraka rasa mereka perlu standout untuk kebenaran. Mereka mahu keadilan untuk Bella, diri mereka dan mangsa-mangsa yang lain. Memang aku grill diorang kaw-kaw, sampai melalak-lalak. Aku nak sediakan mereka untuk mengadap IO dan peguambela pihak sana nanti.

Alhamdulillah, mereka perform very well. Cerita mereka konsisten dan sangat selari dengan sesama mereka dan screenshot-screenshot whatsapp yang telah tersebar tu. Aku tak percaya screenshot whatsapp sampai laporan polis dibuat. Ya, aku teman mereka sampai mereka jumpa IO. Mereka sudah lebih 18 tahun. Aku hanya teman dan bawa.

IO pun nampak steady, sokong perjuangan #JusticeForBella nampak sangat baik. Memang seorang anggota yang mahu menegakkan keadilan. Adik-adik ni pun terus bersemangat walaupun jam telah menunjukkan 1 pagi. Yang lebih menarik, ibu kepada seorang penghuni yang pernah diugut juga tampil membuat laporan polis.

Aku baru diberitahu, esok atau lusa akan ada lagi bekas penghuni yang akan bangkit buat laporan. Aku nak tengok, apa alasan lagi tak dapat reman. Setiap individu ada cerita masing-masing dan cerita yang sama tentang Bella. Aku sebenarnya memang dah agak takkan dapat reman. Power kot suspek tu, bukan kaleng-kaleng. Lawyer dia pun bukan bishe-bishe juga.

Anyway, kita tunggu dan lihat. Aku harap ramai lagi bangkit dan berani. Jangan dibeli dengan wang, janji dan harapan. Adik-adik semua jangan risau, selagi dunia masih wujud, orang yang benar-benar baik pasti mucul. Dunia ini bukan sekadar kita cukup makan, kita bukan lembu. Kita manusia yang mesti melawan untuk sebuah kehidupan yang lebih gemilang.

Ingat, luka dan derita Bella telah membangkitkan jiwa-jiwa yang cintakan keadilan dan punya sifat insani untuk melawan sesiapa sahaja. Bella, kau dah buat kerja kau, biar kami sambung derita yang kau lalui..

;(

#JusticeForBella
#Justice4Bella

https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/videos/1192651767827341

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.