Walaupun PAS menang besar, dia dapat markah tertinggi di dalam PRU15 tempoh hari, PAS tetap mencalonkan Muhyiddin Yassin menjadi PM. Maka jelaslah yang PAS sedar yang dia tidak mampu memimpin kabinet. Bahkan, ditakdirkan tuhan untuk PAS tidak berjaya mendirikan kerajaan.
Ketika keputusan PRU15 tergantung tempoh hari. Ramai kawan-kawan aku yang businessman mengeluarkan pandangan yang mereka takut kalau PN memerintah sebab lebai-lebai ramai sangat. Kata mereka,
“Takkan nak tengok lebai-lebai tu jadi menteri?! Rosak ekonomi negara!”
Aku hanya tergelak. Aku juga merasakan perkara yang sama. Tapi sebab aku tak berniaga sangat dengan kerajaan, aku takdalah rasa concern sangat. Tapi aku rasa ada rasionalnya.
Lihat sahaja negeri Kelantan, MB dan exco beli Mercedes. Walhal boleh je pakai kereta yang lebih murah dan praktikal di saat masih ramai rakyat yang miskin. Lagi 1, apalah keperluan jawatan timbalan MB?
Aku rasa macam mereka ini langsung tidak bijak mentadbir dan memimpin kerajaan. Kalau kerajaan ni tak pandai berniaga dan tak pandai cari pelabur. Paling tidak pun kenalah pandai berjimat. Kan? Tapi nampak macam taknak berjimat.
Hal inilah yang menyebabkan ramai yang takut kalau mereka ini mentadbir dan menjadi menteri. Aku teringat kisah Abu Dzar RA meminta jawatan kepada Nabi SAW. Apa Nabi SAW jawab?
Kata Rasulullah SAW:
“Aku lihat kamu ialah seorang yang lemah (tidak berupaya) melaksanakan tugas dengan baik, aku menyayangimu seperti aku sayangi diriku sendiri.” (HR Abu Daud)
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
”Wahai Abu Dzar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.” (HR Muslim)
Dengan hadis ini dan beberapa dalil lain la para ulama’ menyatakan nak jadi pemerintah tak semestinya kena soleh, kena ‘alim. Tapi dia kena kuat dan amanah. Qawiy wal amanah. Itu sebab bukan semua orang boleh memegang jawatan sebagaimana Abu Dzar. Nabi tau Abu Dzar soleh, tapi dia tiada sifat dan ciri untuk jadi pemimpin.
Aku harap lebai-lebai PAS lebih memikirkan nasib rakyat lebih dari tembolok diri sendiri. Jika tidak stereotype tentang perangai lebai akan berterusan selama-lamanya. Aku percaya, lebai-lebai yang masuk politik ini menjadi kaya kalau nak banding dia jadi pengajar dan pendidik di sekolah-sekolah dan di pondok-pondok.
Adakah wajar di saat keadaan rakyat terumbang ambing, masalah air yang tidak selesai, jalan yang tidak rata, exco-exco dinaikkan gaji dan diberikan bonus?
Jika hendak dibanding dengan Muawiyah RA, zaman dan kawasan pentadbirannya mewah dan dilimpahi kekayaan. Bajet surplus. Zakat steady. Itu sebablah rakyat dia bersama-sama dia. Ketika Umar al-Khattab RA memanggil Muawiyah pun. Umar bersetuju dengan jawapan Muawiyah.
Cuba bayangkan kalau ketika Umar panggil Muawiyah dalam masa yang sama keadaan jajahan dan rakyat Muawiyah teruk dan rakyat masih miskin? Zakat tak hantar? Bajet defisit? Dapat banyak complain daripada rakyat? Adakah Muawiyah akan suvive di tangan Umar?
Fikir-fikirkan.
Tapi, kalau rakyat Kelantan redha dan gembira kepimpinan politik negeri Kelantan sauk Mercedes, naikkan gaji dan ambil bonus, di saat ekonomi negeri tidaklah berapa baik. Takpalah, itu pilihan korang.Allahul musta’an..
ps : Rujuk kisah Umar RA, adakah Umar pilih naikkan gaji? Dapatkan bonus dan demand unta/kuda terbaik? Sini..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=789793994839115&id=581817132303470&mibextid=qC1gEa