Kata sahabat aku,
“Abangladesh karkun kaki masjid kena tangkap dan dihantar balik sebab terlebih tinggal (over stay) 7 bulan. Masalah dia tak dapat perbaharui (renew) permit/visa kerja dia sebab majikannya ada masalah sikit dengan pihak imigresen.”
“Orang putih datang dengan visa pelancong “over stay” sampai 7 tahun, siap boleh jadi selebriti pula. Tak kena hambat pun. Member tu memang pernah ada permit kerja kot. Bukan takda permit. Majikan dia ada isu sikit dengan imigresen. Langsung takda kasi muka. Kena lokap dan dihantar balik.”
Aku jawab,
“Demikianlah nasib menjadi seorang Abangladesh. Bukan orang putih..”
Sahabat inilah yang menyedarkan aku isu orang putih “over stay” adalah “ok”. Orang tak putih, kurang “ok”.
Betul ke?