KISAH UNGKA DAN KERA..

K

Pada zaman dahulu, ada seekor ungka betina yang sangat bodoh. Namanya, Sichita Durjhawati. Lebih dikenali dengan panggilan Chita Jongos atau Sijongis.

Walaupun dia bodoh, tetapi dia bercita-cita nak menjadi tabib ajaib. Untuk bangsa mawas, tabib ajaib ialah dukun terhebat yang sangat dihormati.

Kaum mawas sanggup membayar berkilo-kilo buah durian untuk mendapatkan khidmat tabib ajaib. Mengetahui hal ini, Sijongis menanam niat untuk menjadi tabib ajaib.

Maka, dia pun pergilah berguru di Gunung Kakimaki. Gunung yang mana dihuni oleh seekor beruk lagenda yang mempunyai kuasa hikmat penghina suami, bini, ayah sendiri, dan ayah mentua. Bahkan, dia juga berani menghina dewa monyet, Sun Wukong.

Setelah lama bertapa di Gunung Kakimaki, maka pulanglah Sijongis menggelarkan dirinya sebagai Bidan Keramat. Kerjanya adalah mengajar anak-anak keturunan primat untuk beranak di dalam sungai, bukan di atas pokok.

Ajarannya dibantu oleh suaminya, Si Ungka Pemalas. Kerja ungka ini adalah menjilat mana-mana beruk-beruk jahat, tapi kaya. Tak kiralah gemuk ke, teleng ke, pembunuh ke, pendera ke, asal dapat makan durian.

Suatu hari seekor lutong yang berguru dengan Sijongis telah disahkan hamil anak lutong berkepala XL. Menurut pawang lutong, dia perlu masuk ke pusat kawalan keselamatan perbidanan lutong.

Malangnya, Sijongis telah menghasut lutong untuk ikut arahannya untuk membina kolam dan beranak di dalam kolam. Sijongis berjanji akan datang membantu pada hari tersebut.

Hari yang dinantikan telah tiba. Si lutong rasa nak beranak. Dia menghubungi Sijongis. Sijongis datang untuk membantu. Malangnya baby si lutong tersangkut kepala XL, berkipas-kipas kaki baby tersebut kelemasan kerana tersangkut sampailah kipasan terakhir.

Anak lutong mati tersangkut. Dalam keadaan ketakutan. Sijongis menyalahkan manusia kerana pencemaran air. Suaminya Si Ungka pula menyalahkan kaum lutong yang pergi ambil vaksin di perkampungan manusia.

Sijongis mengarahkan Si Lutong untuk bangkit melawan manusia dengan mengatakan anaknya tersangkut disebabkan air sungai telah tercemar. Maka peperangan diantara kaum mawas dan manusia bermula.

Kes di bawa ke Raja Sulaiman. Di dalam mahkamah Raja Sulaiman, Si Lutong mengaku yang dia memanggil Sijongis untuk membantunya dan mengaku terpengaruh dengan ajaran Sijongis yang telah menyebabkan kematian anaknya.

Maka, Raja Sulaiman telah menyumpah Sijongis dan suaminya menjadi jin dan dihalau daripada hutan. Maka, pasangan tersebut dikatakan telah masuk ke dunia moden untuk menghasut manusia untuk membenci sains moden.

Jika korang nampak ada kelompok manusia yang menyeru kepada membenci sains moden dan ajak manusia kembali kepada fitrah tetapi dia menjual produk konon alami walaupun dalam plastik, ketahuilah itulah jelmaan Sijongis dan suaminya, Si Ungka Malas.

Kisah dongeng yang diceritakan oleh arwah nenek saudara ister ke-3 aku ini boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.