Selepas beberapa minggu Klinik Waqfeya memulakan operasi. Kawan-kawan aku dari dalam dan luar negara terus mesej,
“Taknak buat klinik RM30 ke? Kita subsidise lah!”
Lama aku fikir. Sebab pertama, klinik itu masih baru, pekerja pun masih baru, masih tiada doktor resident. Doktor locum je run. Tapi lepas aku fikir balik. Layan jela. Since ada orang nak subsidize. Orang nak buat amal kan?
So, buat orang Ipoh yang sedang sakit, demam, rasa tak sihat. Tapi rasa tak mampu nak dapatkan rawatan kesihatan swasta yang biasanya RM50-70, boleh ke Klinik Waqfeya sebab anda hanya perlu bayar RM30 sahaja. Selebihnya akan disubsidize oleh kawan-kawan saya.
Ia bermula esok sampai bajet habis. Cuma aku minta korang tolong kasitau kawan-kawan dan supportlah klinik ni. Tapi, aku awal-awal minta maaf atas kekurangan kalau ada since baru run. Kalau boleh selfie lah sikit. Dekat Jalan Damai, Taman Idris tu je.
So, esok! orang Ipoh yang tak sihat, terus ke Klinik Waqfeya, bayar RM30 sahaja. Siap ubat dan consultation. Yang sihat pun, buat pemeriksaan di sana, percuma. Kalau kaunter suruh bayar lebih, tunjuk posting ni.
Beruntunglah orang Ipoh esok.