“Ku Nan tu memang dah kaya sebelum jadi menteri lagi..”

“Ku Nan tu memang dah kaya sebelum jadi menteri lagi..” kata Abang H kepada aku.

“Dua juta tu Cina Kayamas tu yang hutang dia, apalah sangat 2 juta bagi Ku Nan..” kata Dato Z.

“Ku Nan ialah salah seorang “money machine” UMNO selain Nong Chik dan Hamzah Zainuddin. Depa ni awal 90an dah almost billionare..” kata Dato A.

“Ku Nan tu bela anak yatim nak dekat 1000 orang dari awal 90an lagi, sampai hari ini..” kata Dato S.

“Masa Ku Nan menteri wilayah, kuda-kuda Tun semua Ku Nan jaga walaupun Tun bergaduh dengan Najib..” kata Dato M.

Dalam rekod, Ku Nan pernah declare aset dia sebelum jadi menteri sebanyak RM900 juta. Jadi memang benar dia sudah kaya sebelum menjadi menteri.

Tapi dia merupakan ahli aktif UMNO seawal tahun 80an. Ya mungkin dia ialah usahawan UMNO yang berjaya. Dalam ramai-ramai usahawan UMNO, bukan semua berjaya macam Ku Nan, ye tak?

Ini menunjukkan Ku Nan memang pandai berniaga, seorang tokoh korporat UMNO yang berjaya dan akhirnya dilantik menjadi menteri.

Jadi untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan mentor-mentor aku di atas, aku melakukan carian syarikat-syarikat milik Ku Nan di interepo.com.

Kau search Tadmansori dekat www.interepo.com tu. Akan keluar segala company-company milik Ku Nan. Tak termasuk company-company yang bukan bernama Tadmansori.

Dari carian aku, amat jelas syarikat-syarikat Ku Nan bukan biasa-biasa. Memang well established dengan paidup yang besar serta berprofit. Bukan macam company-company proxy politik yang lain. Bukan company baru setup. Bukan macam company kau, tak sampai 3 tahun dah tak hantar audit!

Investment holding company dia pun paidup RM100 juta. Untuk syarikat Melayu ada paidup besar macam ni, memang steady lah. Yang lain-lain kau check la sendiri. Malas aku nak suap semua. Dia ada kilang makanan, hotel, plantation, development, construction dan macam-macam lagi.

Jadi aku simpulkan,

Ku Nan memang seorang usahawan yang berjaya sebelum menjadi menteri. Macam anak-anak Tun M, anak Pak Lah. Ohya, Tun Daim juga. Dia kaya sebelum jadi menteri. Dia bukan macam sesetengah menteri yang jadi masyuk sebab jadi menteri. Tapi tak mustahil masa jadi menteri pun dia sakau juga projek pakai proksi-proksi dia.

Dia jadi kaya kerana aktif dalam parti Umno tu takda beza dengan orang yang lobi dengan politik jadi pegawai khas, ceo perbadanan or chairman GLC, jadi setiausaha menteri. Bezanya Ku Nan lobi minta business, real business. Kau nak lobi lebih-lebih pun company kau pun dah 2 tahun tak audit kan?

Kalau kau nak lagi steady dari Ku Nan, kau buat business tanpa projek kerajaan atau geran kerajaan macam Grab, Oyo, Microsoft, Facebook. Ya, bikin startup yang profit based. Bukan startup sendu!

Asalnya aku nak bantai Ku Nan, tapi kebenaran lebih aku cintai..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.