Alhamdulillah. Berkat bulat puasa kali ini, ramai para suami yang mampu menjadi imam. Dalam masa yang sama, keghairahan mereka nak menunjuk menyebabkan aku terperasan sesuatu yang tersilap.
Iaitu SAF isteri!
Saf isteri sepatutnya di belakang suami terus. Tidak kiri dan tidak ke kanan. Sebagaimana hadis menyebut,
Anas bin Malik R.A yang mengatakan :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِ وَبِأُمِّهِ أَوْ خَالَتِهِ قَالَ فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ وَأَقَامَ الْمَرْأَةَ خَلْفَنَا
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W solat dengannya (Anas) bersama dengan ibunya atau ibu saudaranya lalu Anas berkata: Baginda mendirikan aku di sebelah kanannya dan baginda mendirikan orang perempuan di belakang kami.
HR Muslim (1056)
Nabi S.A.W :
خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا، وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا
Maksudnya : Sebaik-baik saf orang lelaki adalah yang paling depan dan seburuk-buruk saf orang lelaki adalah yang paling akhir. Manakala sebaik- baik saf orang perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk-buruk saf bagi mereka adalah yang paling hadapan.
HR Muslim (440)
Wallahu’alam..