LAWAK-LAWAK SC WAKANDA YANG TIDAK CERDIK..

L

1. SC Wakanda pernah meletakkan Tradingview (TV) dalam senara watchlist dengan alasan terdapat iklan broker-broker yang SC tidak iktiraf.
Hakikatnya, itu bukan iklan dari TV, tetapi iklan dari pengguna TV. Facebook dan Google juga mengeluarkan iklan-iklan dari broker-broker even forex yang jelas SC tidak iktiraf. SC tak nak masukkan Google dan Facebook dalam senara watchlist?

2. SC Wakanda membenarkan guru-guru saham berlesen mengajar cara trading saham.
Hakikatnya, guru-guru saham pun trade rugi dan buat duit dengan kelas mengajar trading saham saja. SC just nak duit dari fi guru-guru saham. Semua yang belajar saham tersontot. Yang jadi sifu je kaya. SC suka tengok sifu kaya, rakyat tersontot.

3. SC Wakanda membenarkan broker-broker bank bagi buy call.
Hakikatnya, semua buycall yang banker bagi semua ke laut dan sontot. SC taknak pula tangkap banker tu. Banker bagi call tak kira manipulate market ke?

4. SC Wakanda beriya-iya masukkan dalam watchlist exchange crypto terbesar di dunia.
Hakikatnya, exchange terbesar di dunia punya volume, features, insurance dan security 100x ganda lagi besar, lagi selamat dan lagi canggih dari exchange yang SC iktiraf. Sungguh ironi!

5. SC Wakanda tangkap dan kompaun marhaen-marhaen yang bagi kajian pick dengan alasan taknak manipulate market.
Hakikatnya, SC tahu je jerung-jerung kaya ni operate market dan ada pegawai-pegawai SC pun join the club katanya.

—-

Di bawah ini kesempatan aku berdialog dengan individu yang dikatakan pegawai bawahan di SC Wakanda. Diharapkan sangkaan aku benar sebab dia yang terasa lebih bila aku kata SC tak cerdik.

Korang bacalah jawapan cliche dia. Cerdik ke tak? Jawab soalan ke tak. Nampak dia berkata benar ke tak? Oh lupa, di SC Wakanda, budaya menjilat memang menebal. Para pegawai bawahan takkan berani mengkritik kebodohan keputusan pegawai atasan.

Pegawai bawahan ni biasa takda kerja. Dia merayau-rayau dalam Facebook, komen-komen kat wall orang. Makan gaji buta je. Yelah, kalau kau pegang dia, tanya apa itu blockchain pun belum tentu dia boleh jawab. Sebab tu warga Wakanda tak percaya SC Wakanda. Takda integriti dan tak cerdik!

😜

#Wakanda4eva

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.