Beriya-beriya hari tu nak tunjuk hebat konon teknik ajaran Zamsaham menjadi, bila aku nak beli apa dia jual, terkincit-kincit dia lari dan tunggang agama pula.
Prinsip #MindaSkeptikal bukan usul ibadah. Ia usul kehidupan supaya tak ditipu oleh beberapa puak yang aku senaraikan antaranya sifu saham. Ia besesuaian dengan usul fiqh, bukti ke atas dakwaan.
Ya, aku bukan maasum. Itu sebab aku pegang asas yang kukuh untuk dibuktikan dahulu apa-apa dakwaan. Dalam TA (technical analysis) ia mesti diuji secara saintifik dan statistik. Tawaran aku dah buat. Lebai ni je duduk berdolak dalih.
Kalau dah letak screenshot posting aku kritik Ustaz Tido. Aku kenalah tanya, nak pertahankan ke? Usul lebai saham ni, asal dakwaan semua betul, melainkan dibuktikan sebaliknya. Itu usul kebodohan. Itu sebab ada lebai Azhari join dan promote Gigamax.
Nak saman? Samanlah.. Sikit pun tak takut. Yang aku tau, lebai Sb Saiful Bahry sudah takut nak buktikan apa yang dia dakwa secara benar, telus dan berintegriti.
Kenapa dia takut?