LEBAI ANAK MURID ZAMSAHAM TAK FAHAM ILMU STATISTIK NAK JUSTIFY PASAL ILMU TRADING SAHAM..

L

Aku lihat komen-komen di bawah komen seoalah-olah mengakui kebenarannya.

Beginilah. Aku dah sebut banyak kali dalam usul #MindaSkeptikal,
“Asal semua saham semua scammer melainkan dibuktikan sebaliknya.”

Apa yang perlu dibuktikan.
1. Teknik/method/atau sistemnya berjaya. Berjaya tu macam mana. Nanti kita bincang.
2. Dia kena buktikan dia sendiri trading dan dia jadi kaya dan berjaya sebab trading, bukan sebab buat kelas dan makan komisen overriding/affiliate platform. Contoh, affiliate/overriding Philip Capital dan Saxo.

Sebelum aku nak berhujah tentang 2 point di atas, aku nak ingatkan berdagang (trading) dengan melabur (investing/ buy & hold) adalah berbeza.

Trading ini ada frequency. Seminggu at least 3 kali. Kalau investing atau buy & hold ni, mungkin 1 kali sebulan atau setahun 2,3 kali.

Orang yang invest ni, takda teknikal sangat pun. Biasa fundamental jela macam Warren Buffet, dia value investing, buy and hold je. Beli kat bawah, nanti dah naik keluar.

Biasanya, gang buy & hold ni dia punya drawdown besar sebab dia ada modal besar. Atau, dia ada kerja lain. Macam lebai kerja gomen, coder kerja Petronas dan lain-lain. Bila loss dia tahan jela. Dia still ada gaji ma!

So, apabila lebai tu mengaku dia tunggu nak profit sampai setahun 2 kali. Aku kata dia scam ler. Itu bukan trading, itu value investing, buy & hold. Lagi pun dia lebai, lebai tau apa pasal statistik. Dia sendiri pun delusional taktau nak jusfity betul ke salah.

So, orang yang beli sukuk, bond, masuk fix deposit, masuk trust fund, hantar ke fund manager, bila dapat profit tu kira terer trading? Teknik dia menjadi? Ajaran tok guru dia menjadi? Setahun 1 sekali or 2,3 kali juga ni kan harvest profit?

Kemudian dia tunjuklah dia teka betul menggunakan teknik tok guru dia. Kononnya 3 stock jadi. Entah betul tidak. Yang dia teka tak jadi menggunakan teknik tok guru dia, dia tak cerita? Yang kena tunggu berbulan tu tak cerita? Itu sebab ilmu trading ni tak boleh lari daripada statistik. Nak buktikan, kena saintifik.

Macam mana nak buktikan teknik/method/sistem sesuatu trading saham itu berjaya. Apa itu berjaya?
1. Winning rata kena ada.
2. Risk reward kena betul.
3. Ada edge.
4. Ada occurance.

Apa test nak kena buat? Ada beberapa cara.

1. Back testing.
Dia present sistem dia, then kita back testing secara random. So, sistem akan jadi constant, random test akan jadi variable. Sistem yang berjaya ni, apa chart pun dia akan menunjukan ia positif. Ingat, dalam statistik, tak boleh bias, tak boleh pick and choose.

2. Kalau sistem kau rahsia, kasi 100 tips test.
Buat macam Bomoh Bursa ke, hari-hari bagi tips, kasi stock apa nak beli esok, entry kat mana, stop kat mana, take profit kat mana. Nanti kita boleh kira frequency occurance, winning rate dan risk reward dia. Profit ke loss.

3. Kalau dia mengaku dia wizard, dia boleh live trade smaller time frame. Itu pun kena ada data statistik juga. Bukan sekadar luck. So, at least 10 hari live trade. Out 10 hari tu winning rate berapa, profit ke tak. Simple.

Itu 3 test teknikal lah. Ini asaslah untuk korang nak test. Setakat ini, takda mana-mana sifu saham pun berani sahut.

Nak test sifu saham pula senang je. Dia kena tunjuklah potfolio dia sendiri, track record, P&L dia menggunakan sistem yang dia ajar. Profit ke loss? Ke dia hold je sebab setiap bulan dia buat kelas dan makan duit affiliate dah boleh survive hidup.

Lepas tu kalau sifu kau sibuk buat business lain nak jadi kaya, buat pre-IPO lah, buat itulah, buat inilah. Lepas tu tersontot. Tak boleh bayar hutang. Ini something wrong. Betul tak? Maksudnya trading dia tak menjadikan dia kayalah.

Kalau dia sendiri terer trading, hari-hari dia buat duit. Kalau tak pun, setiap minggu dia buat duit. Kalau tak pun, setiap bulan dia buat duit. Takkan tak boleh cover hutang? Takkan dia all in business? So, nampaknya dia lagi yakin business daripada trading yang dia preach?

Begitulah. Selagi apa-apa sistem, method, teknik, ajaran, petua yang mana-mana orang bagi pasal trading saham tan diuji secara saintifik dan statistik. Semua itu scam.

Korang ingat dulu masa zaman covid, semua orang trade saham? Tengah fomo, bullrun, ada yang buka fund sembang 80% profit 1 tahun. Macam-macam sifu muncul. Hari ini? Tahun ini, boleh ulang 80% tu lagi?

Yang baru tembak betul 2-3 kali. nak kata jadi dan berjaya. Boleh repeat 100 kali? Sekali bila diuji secara saintifik dan statistik. 3 je profit, 93 loss. Nak kata berjaya?

Itu sebab sifu-sifu saham scammer ni boleh tipu orang-orang bodoh yang tak faham statistik dan tiada minda saintifk. Yang 2-3 kali jadi tu dia bersorak, yang berpuluh tak jadi tu dia senyapkan. Itu sebab aku kata scammer! Asal sifu tunjuk pandai gebang sana sini fundamental, lukis line explain after market, tunjuk kaya, kau dah inzal!

Trading is about consistancy, occurancy, winning rate and risk reward. Tapi semua itu perlukan ilmu dan minda statistik.

Faham?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.