Soalan standard atau asas yang korang kena bertanya dalam diri korang apabila seseorang lebai itu giat dan aktif dalam NGO, atau politik.
1. Lebai ni dulu kerja apa? Berniaga apa?
2. Mana dia dapat duit untuk hidup hari ini?
Ya, ini Lebai Hazizi kerap datang ke Australia dulu sebagai “Ustaz ISMA”. Ya, dia memang lebai ISMA. Tapi ketika ISMA “mengambil” Berjasa, lebai ini dah jadi timbalan presiden Berjasa. Korang boleh tengok pentas media dia adalah TV Pertiwi.
Aku masih ingat lagi ketika Sepak Mafasid di Australia dulu, budak-budak ISMA boleh bertepuk sorak gembira apabila lebai ini kata, walaupun dia kalah, tapi dia tahu dia ada penyokong.
Untuk pengetahuan korang, lebai ni punya level kalah, adalah hilang deposit. Sama level Zaki Vietnam je. Tapi, budak-budak ISMA boleh bangga dan bertepuk sorak dengan kekalahan yang hilang deposit.
Sebagai seorang seorang yang menjenamakan dirinya sebagai seorang ustaz, dan berada dalam gerakan ISMA, aku tertanya-tanya kenapa dia tak berani nak menjawab isu syariah yang dibangkitkan oleh ramai asatizah tentang wakalah derma?
Tak perlu tanyalah isu integriti, akaun, dan etika, lebai ni bukan faham pun. Dulu isu senang $200 pun dia ajar budak-budak ISMA jangan ambil tahu, ini pula isu AmanPalesitn yang juta-juta melibatkan kawan-kawan dia.
Korang fikirlah, adakah ajaran dan pendirian lebai ini baik untuk Islam? Terserah korang..
Cuma aku nak tanya lebai Hazizi ni, apa khabar AmanPalesitn hari ini? Luar biasa baik?