(Aku repost balik)
Hari ni aku tidur lepas Subuh, handphone aku mampos dan first time aku tak sedar diri. Mungkin aku dah exhausted. Aku sedar-sedar, aku tidur kat office. Aku taktau apa jadi. Macam otak aku stop sekejap.
Cuma ada orang minta aku tengok pasal lebai Maszlee ni. Aku dengan lebai ni takda apa masalah sangat. Cuma aku agak meluat sikit bila lepas masuk politik, dia punya cakap tak serupa bikin. Lagi jimbit bila tunggang istikharah banyak kali.
Beberapa tahun dulu, ketika aku ke hotel Pan Pasific Kuala Lumpur, ada seorang menyapa aku, dia bekerja di hotel tersebut. Dia ni rupanya gang mengaji hadis dulu. Itu yang kenal aku. Mungkin aku lagi popular.
Aku tanya dia, macam mana kerja sini. Dia jawab dia nampak ramai menteri termasuk Maszlee Malik. Aku tanya dia, dia pakai kereta apa sekarang? Selama aku kenal dia, dia naik Myvi je.
Sahabat itu jawab,
“Tak syaikh, naik Vellfire baru sekarang!”
Aku pun geleng kepala. Hari tu jadi je menteri terus naik flight first class pergi umrah. Kalau dia masih jadi lecturer, aku yakin dia tak mampu atau tak sanggup bayar tiket first class.
Anyway, takpa. Itu semua dulu. Hari ni aku nak cerita pasal Vellfire yang lebai tu naik. Ada orang kata bukan kereta dia, bukan juga kereta kementerian. Aku terkejut. Lagipun, bukan kereta menteri masa tu Perdana ke?
So, aku run SCRUT Analytica untuk pemilik VDC2828. Ini no plate Vellfire yang Maszlee naik. Siap letak jata menteri. Gila daring kan? No 2828 ni no favourite Cina. Hairan kenapa Maszlee pakai no ni.
So, terjawablah memang tally dengan document yang orang sebarkan ia milik EDUCATION MALAYSIA GLOBAL SERVICES (EMGS). Apa benda ni? Syarikat apa ni? Bukan sendirian berhad. Bukan juga sole proprietorship.
So, aku SCRUT guna Interepo (www.interepo.com), aku dapati ia adalah CLBG (Company Limited By Guarantee) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). EMGS ni kerjanya adalah mempromosikan industri pengajian tinggi di Malaysia yang pastinya mendapat dana dan geran daripada kerajaan melalui KPT.
Dalam rekod, pada 19/2/2019, 2 orang pengarah baru yang dilantik oleh Maszlee (mungkin) ialah :
1. Akramsyah – Anak Sanusi Junid yang kita tahu memang follow ayahnya join PH kalau tak silap.
2. Dato Rahman Shariff – sedang dituduh di mahkamah kerana CBT.
Aku taktau sama ada Vellfire yang diberikan oleh EMGS kepada lebai itu adalah korupsi atau bukan kerana EMGS adalah milik KPT. Cumanya aku tertanya-tanya, boleh ke menteri “pow” atau terima sebiji kereta daripada syarikat milik kementeriannya untuk kegunaannya sebagai menteri?
Kenapa taknak guna kereta yang disediakan kementerian? Tak membazirkan ke pakai Vellfire daripada syarikat kementerian sendiri, sedangkan bajet bayar Vellfire tersebut mungkin boleh suruh beli buku-buku untuk rakyat untuk memandaikan rakyat.
Betul tak?