LHDN MESTI DIJAGA ENTITI YANG BEBAS!

L

Kerajaan wajib menubuhkan suruhanjaya bebas menjaga LHDN. Kelihatan pegawai-pegawai LHDN sesuka hati “harrass” rakyat marhaen menggunakan kuasa yang mereka ada.

Antaranya :
1. Melakukan ugutan dan ancaman terhadap rakyat marhaen.
2. Menyalahguna kuasa untuk menyusahkan rakyat marhaen.
3. Perbuatan dan intonasi yang biadab terhadap rakyat marhaen.

—-

Apakah jenis ugutan dan ancaman yang mereka biasa buat?
1. Freeze account bank.
2. Akan audit dari tahun pertama.
3. Akan siasat partner-partner dan ahli keluarga.
4. Tahan passport.
5. Hantar ke CSI dan AMLA untuk siasatan lanjut.
6. Raid office or rumah dan sita.

—-

Menyusahkan pula biasanya.
1. Minta dokumen PCB pula.
2. Check semua segala borang A,B, C sampai Z ada miss tak.
3. Terus block passport tanpa apa-apa notis.
4. Terus dapat surat mahkamah tanpa apa-apa surat inkuiri.

—-

Perangai biadab ni rasanya dah maaruf.
1. Tak angkat phone, kalau angkat, suara nak minta penerajang je.
2. Dah sampai office, muka bongkak dan sinis, ayat nak nganjing-nganjing.

—-

Bukan aku je pernah lalui semua ni, kawan-kawan pun pernah kena dan aku rasa ramai yang pernah kena. Aku tahu ramai yang malas nak kecoh-kecoh setuju je selama ni.

Aku rasa dah sampai masa LHDN perlu dikawalselia akhlak dan tingkahlaku pegawai-pegawainya oleh entiti yang bebas sebagaimana Suruhanjaya Integriti menjaga penjawat awam. Sekarang ini, mereka ada unit integriti mereka sendiri.

Pegawai LHDN jaga pegawai LHDN, what do we expect?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.