Kisahnya video/photo tersebut adalah ketika Ds Zahid Hamidi datang ke meja kami, aktivis-aktivis #JusticeForBella untuk menyatakan sokongan kepada kami.
Ds Zahid Hamidi telah menyelar tindakan kejam Siti Bainun ketika itu. Bagi kami, sesiapa sahaja yang bersama-sama kami ketika itu adalah mereka yang mahukan keadilan kepada adik Bella. Kehadiran Ds Zahid Hamidi menyelar Siti Bainun memang kami gunakan untuk kempen kami. So what?
Hatta, Sham Itik, walatik, walayam dan walatiklur pun kami tidak kisah jika bersama kami. Jadi, untuk mengatakan aku bersama-sama dengan Ds Zahid Hamidi dalam kes-kes yang dia dituduh itu, aku kira sangat tidak masuk dan boleh dipanggil bebal.
Aku bukannya menyokong Ds Zahid Hamidi pun macam walatik, walayam dan walatiklur menyokong Sham Itik. Tak pernah aku mengecam orang yang mengkritik Ds Zahid Hamidi. Yang pasti bersama Ds Zahid Hamidi ialah walanon.Kan?