MANA NAK DERMA KE PALESTIN NI?

M

Sebenarnya semua entiti yang collect derma ni ada agenda sendiri. Ada business masing-masing. Ada yang audit, ada yang edit. Asasnya semua aku tak percaya. Termasuklah Nadir kat Palestin tu. Aku taktau apa dia buat kat sana, dia kerja apa sana?

Tiada siapa hantar dia ke sana, dia pilih untuk tinggal di sana. Itu pengorbanan dan perjuangan dia di atas pilihannya. Cumanya, apa tugasnya di sana? Melaporkan kejadian sebenar? Menjadi agent pemungut derma orang Malaysia? Atau menjadi orang tsiqah untuk menguruskan derma orang Malaysia?

Asasnya mana-mana entiti yang memungut derma ini hanya menjadi tempat transit selepas diorang tap X% untuk kemandirian entiti masing-masing atau menjadi vendor kepada entiti mereka. Itu open secret. Cumanya aku melihat terdapat banyak layer yang kebarangkalian derma yang 100% mungkin berkurang.

Sebagai contoh :
NGO A collect, selepas tolak gaji ceo, billboard, tekan FB ads etc, beli tiket lebai-lebai, kemudian terbang ke Mesir. Aku tak rasa diorang bawa cash, so duit daripada akaun NGO A, di-transfer ke akaun agent atau wakil di Mesir untuk beli barang-barang bantuan atau pembinaan.

Kalau hantar barang daripada Malaysia pula. Ini projek cashout lah. Siapa jadi vendor, masyuk teruk. Inilah perniagaan para tauke NGO yang dah maaruf. Masa kerja jadi lebai, pakai Unser atau Avanza je, lepas buka NGO, terus pakai Vellfire dengan tagline,

“Takkan lebai kena pakai Unser atau Avanza je? Ingat lebai tak mampu?”

Sebenarnya, boleh saja buat 1 platform, untuk terus hantar derma tersebut ke akaun di Mesir. Kalau terus ke Palestin lagi bagus. At the end, tak kiralah Nadhir ke, siapa ke, tetap kena hantar duit derma tersebut ke end user di sana.

Diorang kata, akaun di sana tu rahsia, takut Yahudi detect. Nanti kena block. So, tak boleh openly share. Cuma aku tertanya-tanya, di saat dunia digital ini wujud, money trail dan transaksi berlaku di atas talian, ke mana saja aliran transaksi tersebut pergi, pasti ada penghujungnya. Siapa dan di mana.

Aku juga tertanya-tanya, bantuan-bantuan G2G daripada Saudi, Qatar, UAE, Turkiye dan lain-lain semua masuk ke akaun mana? Ada juga kata, kita nak bagi dekat Hammas, briged Al-Qassam, taknak bagi dekat Fattah. Kalau G2G nanti Fattah dapat. Fattah macam Umno. Eh! Nanti duit tu habis diorang balon.

Eleh, macamlah NGO-NGO yang collect duit derma Palestin ni jujur amanah sangat. Asalnya dulu mana nak open audit. Audit pun level kelab pingpong sekolah je. Lepas aku start memekak 2 tahun lepas, barulah ada yang buat. Itu pun banyak aku boleh persoalkan. Anyway, ada improvement lah.

Pandangan aku, kalau boleh direct ke kerajaan Palestin, terus ke sana. Diorang korup? Pegang prinsip asal, kita dah kasi, dia dengan Allah. Sama macam bagi kat NGO, dah kasi, dia dengan Allah. At least kau dah bagi ke pihak yang ada autoriti. Dah bypass beberapa layer.

Aku derma kat mana? Aku derma direct ke sahabat aku orang Palestin yang tinggal di Gaza-Mesir. Dia sendiri pun tak collect derma dan dia pun tak percaya bantuan-bantuan ke Palestin 100% sampai. Duit aku, dia terima sebab dia kenal aku, dia tau nak pakai kat mana.

So, korang nak derma kat mana, kat siapa buatlah. Cumanya kalau boleh direct ke sana, itu better. Kalau kerajaan Hammas punya tabung, itu lagi baik. Ada ke? Kalau nak derma dekat Cinta Gaza, Aqsa Defender Nadir tu pun ok je.

Cuma korang letaklah note,
“Haram untuk NGO korang ambil!”
“100% kegunaan orang Palestin!”

Sebab Cinta Gaza ke Aqsa Defender ke, itu semua tempat transit je.

Tapi kalau NGO yang 4-5 tahun tak audit, lepas tu menipu masa press release kata SSM allow. Buat fitnah kat aku lepas tu. Memang sampai kiamat aku takkan percayalah puak tu.

Apa pendirian korang?

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.