Manusia menanggung dosa orang lain

M

Manusia menanggung dosa orang lain. Itu kepercayaan syirik dan khurafat. Kerana manusia tidak menanggung dosa orang lain.

Orang tua-tua selalu sebut, jangan itu dan ini nanti anak lahir akan sekian-sekian.

“Dulu dia tu suka tendang kuncing, kan dah keluar anak tempang.”

“Dulu ayah dia liar, itu dapat anak macam setan.”

“Dulu nenek dia suka cakap besar, tuhan bagi dia cucu cacat.”

Al-Quran menyebut :

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا

al-An’am:164

Maksudnya: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.”

Lebih-lebih lagi anak-anak yang lahir itu suci bersih. Mereka tidak menanggung nasib disebabkan dosa atau tidakan lampau ibu bapa atau saudara maranya sebelum kelahirannya. Begitu juga sikap dan tingkah laku. Yang pasti anak itu berada atas takdirnya sendiri.

Bukan juga 100% disebabkan gagal menjaga atau mendidik. Kadangkala ia sebagai ujian terhadap ibu bapanya untuk mengangkat darjat ke lebih tinggi.

Contoh 1 : Nabi Nuh, anak-anak dan isterinya tidak beriman. Dosa apa yang Nabi Nuh buat? Adakah bermaksud Nabi Nuh tidak pandai mendidik? Tidak, ia hanya ujian buat Nabi untuk kita belajar hari ini.

Contoh 2 : Nabi Luth, anak-anak dan isterinya menjadi pengkhianatnya. Apa dosa Nabi Luth buat? Adakah bererti Nabi Luth daiyus? Tidak, ia ujian buat Nabi dan untuk kita belajar bagaimana menguruskan pengkhianat.

Contoh 3 : Nabi Yaakob yang mendapat anak-anak yang dengki dan khianat. Adakah Nabi Yaakob tidak pandai menjaga anak-anak? Dosa apa yang Nabi buat?

Contoh-contoh manusia maksum digunakan untuk menggambarkan anak-anak dan hatta isteri pilihan kau bukanlah mewakili dosa kau atau kejahatan masa silam atau semasa kau.

Mereka dengan takdir mereka, mereka dengan dosa. Kerja kau adalah menjalankan tanggungjawab kau menyediakan nafkah zahir dan batin. Bukan alasan kau jadi TB.

Faham? Tak faham, sudah!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.