Ini nasihat yang baik. Kalau bergaduh laki bini, jangan maki hamun, jangan aibkan pasangan masing-masing, jangan tulis dalam media sosial dan jangan ugut pasangan nak bercerai dan anak-anak akan dituntut.
Pasangan kita manusia juga. Sampai masa dia akan break. Sampai masa dia akan retak dan pecah. Unless pasangan kita tu hamster atau rabbit. Memang f3tish sebelum bersama kena foreplay gaduh-gaduh, maki hamun, gigit-gigit dan sepak terang. Kemudian announce di media sosial.
Lepas tu buat baby, berderet-deret dan claim mereka bahagia. Itu bukan manusia. Itu hamster atau rabbit je buat kerja macam tu.
Kalau sama-sama pasangan tu hamster atau rabbit ok-lah. Tapi, kalau salah satu ialah manusia. Allahuakbar, kesiannya yang manusia tu.
Bersama-samalah kita tidak menyakitkan hati pasangan masing-masing dengan menghina dan mengaibkannya di media sosial, ayah, keluarganya, karaktor lebainya, atau parti yang dia sokong.
Cuba bayangkan nanti, kawan-kawan anak kau akan cakap,
“Inilah anak lebai daiyus tu!”
“Oh, inilah anak makcik murtad yang suka hina suami dia tu!”
Kalau anak-anak yang kau lahirkan hamster dan rabbit takpalah. Tapi kalau anak-anak kau manusia dan seorang muslim. Apalah dia nak defend nanti?