Mana-mana menteri wilayah akan menerima curse ini jika cuba mencuit Kampung Baru.
Kalau kau ikut rasional akal, memang kau boleh terima argument pihak kerajaan PH.
Tanah TRX di Sg Besi juga dijual kepada 1mdb dengan sangat murah, kurang dari RM100/sqft.
Tapi itulah, curse is curse. Walaupun fakta area KLCC berharga RM3000/sqft setelah dibangunkan, bukan rizab Melayu.
Mana mungkin Kampung Baru berharga RM3000/sqft bukan? Jadi berapa harga yang mereka mahu kalau bukan RM3000/sqft?
Aku sebenarnya dah cadangkan lama, Kampung Baru harus dikekalkan sebagai perkampungan warisan dan sejarah.
Contoh : Kampung Morten, Melaka.
Biarkan ia begitu. Cumanya kena buat syaratlah, seperti kebersihan, keindahan dan diduduki oleh hanya waris.
Aku melihat isu Kampung Baru ni dari kacamata warisan sejarah, kebersihan dan kependudukan.
Kebanyakan waris Kampung Baru yang “ada-ada” juga sudah tidak tinggal di situ lagi. Semakin bertambah nama dalam geran, semakin sulit nanti.