Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini hari ke-5 Khairina hilang. Masih tidak ditemui. Pihak polis dan sukarelawan masih terus mencari.
Khairina ialah OKU autisme. Dia tidak boleh bercakap. Hanya beberapa perkataan sahaja yang dia boleh cakap.
Kami berharap dia telah diselamatkan oleh mereka yang baik hati. Mohon dijauhkan kejadian yang tidak diingini.
Maka, saya dengan rendah diri mohon sahabat-sahabat dan teman-teman semua untuk spread this news.
Mana tahu sampai kepada mereka yang menyelamatkannya. Kerana Khairina tidak mampu memberitahu dia tinggal di mana dan mahu hubungi siapa.
Mohon bantuan semua..
;(