MELUASKAN JAJARAN MINDA NON PARTISAN

M

Apa itu non partisan?

Non partisan ialah golongan rakyat atas pagar yang bijak dan adil dalam menilai politik. Golongan ini menggunakan akal yang sihat dan jiwa yang adil untuk membuat keputusan politik untuk dirinya. Mereka menganalisis, mengkritik, memuji, dan membuat keputusan atau berijtihad memilih sesiapa sahaja yang mereka rasakan baik untuk mereka tanpa melihat logo atau percaya kepada apa-apa sentimen politik.

Lawan kepada non partisan ini adalah taik politik.

Taik politik ini adalah golongan bebal yang taasub dan ekstrim menyokong mana-mana parti tak kira mana pihak pun. Akal mereka pendek dan mudah termakan umpan dan hujah sampah politikus. Biasanya golongan ini golongan ber-IQ dan EQ rendah. Itu sebab mereka boleh percaya membabi buta apa yang politikan katakan. Otak mereka malas berfikir dan menganalisis setiap kata-kata politikus atau pihak yang dia sokong. Hati mereka mati dek kerana akal mereka telah didoktrin dengan kebodohan untuk jadi pentaasub kekal.

Apakah ciri-ciri dan sikap non partisan vs taik politik?

Ciri-ciri utama golongan non partisan ini, mereka golongan yang cerdik pandai, ada kerja yang steady, berminda skeptikal, tidak boleh dibeli dengan janji syurga daripada politikus penunggang agama, juga tidak makan dedak dan janji manis ekonomi, kekayaan dan tawaran manifesto yang mengiurkan. Mereka sangat anti taik politik.

Non partisan tidak berlogo, tidak menjadi walaun, mahupun walanon. Mereka bukan taik politik. Mereka cakna politik. Mereka memberi sokongan mengikut analisis data dan fakta yang mereka ada. Mereka takkan kecewa pilihan mereka itu menang atau kalah. Mereka bukan ahli mana-mana parti. Jadi mereka berkawan dengan semua orang, tanpa ada perasaan benci. Mereka makan kelilinh, tembak keliling. Keimanan mereka kepada Allah yang memberi rezeki.

Non partisan kekal berprinsip menegakkan kebenaran dan membenci kemungkaran tidak kira parti. Jika parti A menipu, mereka kritik. Jika part A bagus, mereka puji. Bila politikus parti B cakap tak serupa bikin, mereka troll. Bila politikus parti B cakap betul, mereka hargai. Takkan ada sikap asabiyah yang akan membenarkan kemungkaran kerana parti yang mereka wala’ atau perjuangkan.

Sebagai contoh : Pemimpin menipu atas nama Nabi, dah kantoi, didiamkan. Pemimpin tak kota janji manifesto, pun didiamkan.

Manakala ciri-ciri taik politik adalah bebal dan bebal. Mereka ini golongan yang dijangkiti penyakit #bebalisme. Mereka ekstrimis dalam berpolitik walaupun yang kaya politikus mereka sahaja. Politikus mereka pakai Mercedes dengan menunggang agama, mereka tolong pertahankan atau divert tembat pihak lawan. Politikus mereka hakikatnya jadi kaya sebab jadi mp/adun, dia pertahan kata dia buat kerja. Dah tu, dia nak buat?

Taik politik ini biasa tidak suka golongan non partisan atau atas pagar ini. Mereka panggil lalang. Mereka hidup melabel orang yang tidak setuju dengan kefahaman politik mereka. Jika dikritik kerajaan, taik politik pihak A akan panggil kita walaun. Jika dikritik pembangkang, taik politik pihak B akan panggil kita walanon. Begitu jugalah kalau memuji. Walhal inilah prinsip atau asas dalam kaedah al-jarh wa ta’dil (kritik dan puji) secara adil. Taik politik takkan faham. Mereka sudah keluar daripada standard deviation manusia adil.

Ciri-ciri taik politik sangat jelas terlihat di wall aku. Sebagai contoh :
1. Apabila aku SCRUT Sanusi, mereka akan kata kenapa taknak SCRUT Amir. Baru adil.
2. Apabila aku SCRUT Anwar Ibrahim, mereka akan kata kenapa taknak SCRUT Muhyiddin.
3. Apabila aku kritik Sanusi, mereka cop aku walanon. Apabila aku puji Sanusi, mereka kata aku nak tone down dengan walaun.
4. Apabila aku kritik Rafizi, mereka cop aku walaun. Apabila aku puji polisi kerajaan, mereka kata aku jilat kerajaan.

Contoh-contoh ini boleh ditambah dan pergi lebih banyak. Korang boleh baca di wall aku. Begitulah betapa dangkal dan bebalnya akal mereka kerana taasub kepada politik kepartian. Sampai dengan non partisan pun mereka nak gasak. Apa mereka nak? Nak paksa orang bersama mereka menjadi bebal?

Kenapa perlu jadi non partisan?

Non partisan ini adalah golongan atas pagar yang mungkin boleh dipanggil swing voters. Di USA, tempat yang ramai swing voters ini dipanggil swing state. Golongan ini boleh mengubah sokongan mereka kepada mana-mana parti mengikut pandangan dan pendirian terkini mereka. Begitulah prinsip non partisan, tidak taasub dengan parti. Boleh tukar sokongan.

Justeru, non partisan ini tidak dapat dijangka ke manakah undi mereka. Dengan taik politik, politikus tak kisah dah. Mereka tahu mereka tak perform pun, mereka menipu pun, taik politik tetap akan mengudi mereka. Politikus tahu yang golongan ini sudah masuk ke dalam projek pembodohan mereka. Itu sebab segala janji, manifesto, polisi dan direction negara ini, sebenarnya untuk memancing non partisan.

Yang menentukan kemenangan sesebuah parti dalam pilihanraya adalah non partisan inilah. Sebab taik politik semua dalam kiraan mereka. Itu sebablah politikus berusaha mendokrinkan projek pembodohan untuk menghasilkan lebih ramai taik politik. Dengan adanya taik politik, mereka mudah untuk menjangka kemenangan mereka di sesuatu tempat berdasarkan jumlah taik politik yang menyokong mereka.

Jika mahukan negara terus maju dan kerajaan terus progresif, non partisan kena ramai dan makin ramai. Supaya mana-mana parti politik akan sedar yang mereka tak boleh simply kelentong macam dia kelentong macai-macai politik mereka atau taik politik mereka, tak kira walaun atau walanon. Politikus kena berusaha lebih dan tak boleh take for granted. Non partisan ini tidak akan terus telan setiap kata atau huruf yang dikeluarkan politikus.

Kelebihan non partisan

Hidup non partisan ini lebih tenang tanpa gangguan dunia politik. Pihak mana menang atau kalah, tiada masalah untuk mereka. Mereka tiada kepentingan. Mereka boleh mengkritik parti mana yang mereka rasa nak kritik, mereka juga boleh puji parti mana yang mereka hendak puji. Mereka boleh kritik politikus mana yang mereka hendak kritik, mereka boleh puji politikus mana yang mereka mereka hendak puji. Mereka juga boleh kritik dan puji politikus yang sama dalam sesuatu masa.

Mereka boleh berkawan dan bermesra dengan mana-mana orang politik dan politikus. Mereka boleh bekerjasama atau menolong mana-mana politikus yang mereka suka. Bak kata aku, kita makan keliling, tembak keliling. Siapa atau pihak mana boleh bagi manfaat kepada mereka dan rakyat, mereka akan ok. Jika tidak memberi manfaat, mereka boleh pangkah dan tinggalkan sahaja. Non partisan sejak awal lagi sudah sedar dan faham usul #mindaskeptikal.

Rujuk :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=198777932481608&id=100070482068557&mibextid=qC1gEa

Non partisan juga faham segala drama dan lakonan politikus. Bak kata Thomas Sowell,

“Politics is the art of making your selfish desires seem to like the national interest.”

Selain itu, dia juga pernah mengingatkan kita,

“The fact that so many successful politicians are such shameless liars is not only a reflection on them, it is also a reflection on us. When the people want the impossible, only liars can satisfy.”

Jadi, kenapa orang yang berakal perlu jadi #TaikPolitik? Walaun atau walanon?

Mereka yang membenci non partisan ini hanyalah taik politik yang bebal dan yang sudah mengidap penyakit bebalisme. Entah apa mereka dapat dengan menjilat kering manusia-manusia jijik yang bernama politikus? Entah apa yang dia percaya sesebuah parti atau pakatan yang diketahui hanya mengkayakan politikus mereka sahaja. Itu sebab ramai penganalisis politik yang adil menganggap walaun dan walanon atau #TaikPolitik ini sebagai pengidap penyakit #bebalisme. Tidak cukup mereka bergaduh sesama sendiri, non partisan pun mereka hendak serang. Persis sikap kaum khawarij, extremist atau taliban.

Jadi, apabila korang berdepan dengan taik politik, korang block saja. Tinggalkan mereka. Mereka bukan dalam liga IQ non partisan. Mereka hanyalah pentaasub yang ekstrim. Kalau yang ada kepentingan tu takpalah lagi. Ini yang buat kerja free je. Dia sendiri pun hutang kawan tak bayar lagi.

Apabila dah taasub, lebai menipu atas nama agama untuk tujuan politik pun dia masih nak justify, penipu macam Rafizi pun masih ada nak kagum. Takpa, biarlah mereka kekal dengan kebebalan mereka kerana penyakit #bebalisme itu benar..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.