MENCARI PELAKON WANITA UNTUK KEMPEN #JUSTICEFORBELLA !!!

M

Anyone?

Aku tertarik dengan peguambela suspek dera adik Bella ini dalam memperjuangkan nasib mangsa rogol. Semoga beliau terus berjuang.

Jadi, aku mencari seorang pelakon wanita yang comel dan muda yang boleh meniru gaya seperti ini tetapi diubah content kepada perjuangan terhadap penderaan kanak-kanak OKU.

Hingga ke hari ini, kes penderaan adik Bella masih belum dibawa ke mahkamah. Suspek masih boleh berjimba-jimba dengan gumbira. Sudahlah tidak direman panjang. Dilepaskan walaupun laporan polis terlalu banyak.

Maka, aku lihat kempen awareness terhadap penderaan adik Bella perlu dibangkitkan balik. Darah yang mengalir, luka yang bernanah, dan lebam ditubuh adik Bella masih belum mendapat keadilan.

Aku teringat hadis Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اُنْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُوْمًا
Maksudnya: “Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 2263, 2264 dan 2438]

Bantu saudaramu yang dizalimi itu kita faham, tetapi apakah maksud membantu saudaramu yang zalim. Rujuk syarah hadis tersebut, terdapat sabab al-wurud iaitu sebab hadis itu disebutkan Nabi.

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, beliau berkata: Telah bergaduh atau berkelahi dua orang budak. Seorang daripada al-Muhajirin dan seorang lagi daripada al-Ansar. Telah berkata budak daripada al-Muhajirin:

“Pembelaan untuk Muhajirin”, manakala telah berkata budak daripada al-Ansar: Pembelaan untuk al-Ansar”.

Lalu Rasulullah SAW keluar dan bersabda: “Tidak, melainkan jika dua hamba ini memukul pada yang lain”.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Tidak mengapa, bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi. Adapun yang zalim itu, bantulah dia dengan cara menegahnya dan yang dizalimi pula bantulah dia (daripada kezaliman)”. [Lihat: al-Luma’ fi Asbab Wurud al-Hadith, 121]

Adik Bella telah dizalimi dengan sangat dahsyat, kita mesti tolong mendapatkan keadilan bagi pihaknya. Dia tak boleh berkata-kata, dia lemah, dia OKU. Dia bukan pemenang sumo kebangsaan.

Yang zalim pula, kita bantu supaya tiada lagi kes dera terhadap kanak-kanak, perempuan dan OKU yang didera di masa akan datang dengan hukuman terhadap si pendera adik Bella.

Tapi, si pendera adik Bella masih belum diheret ke muka pengadilan lagi!

#Justice4Bella
#JusticeForBella

;(

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/2881314405453604

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.