Hari ini, reban mengais rezeki kami dikunjungi oleh sahabat kami Dato’ Ori Khairul Anwar Rahmat. Seorang peguam dan mantan politikus suatu ketika dulu.
Walaupun reban kami usang, dia sanggup mencemar kaki berkunjung dan duduk menghirup secangkir kopi dan bersembang santai.
Kerana adik Bella kami berkenalan, kerana perjuangan kami berhubungan. Apa persamaan kami, kami ramai bini dan gopren. Cumanya dia orang Bugis, aku ada darah Bentan.
Doakan kami sihat, tidak angkuh dan tidak sombong. Aku memang takkan sombong dan angkuh, sebab tak layak nak angkuh dan sombong pun.
Cuma aku confident tinggi dekat kebenaran yang aku ketahui. Tapi aku sedar, aku hanya semut merah yang ada Axia Kompang.
Aku tak diiktiraf PPIM dan tiada sokongan orang Vietnam. Aku juga tak masuk PRU sampai hilang deposit.
Kan?