Ini salah seorang anak muda yang kami groom. Seorang programmer yang berbakat besar. Hari ini kami menghadiahkannya sebuah kereta. Hadiah kerana menjadi seorang pekerja yang baik dan cemerlang. Umurnya baru 25 tahun.
Dia datang kepada kami dengan penuh keyakinan diri. Dia demand gaji RM4,000 as a fresh grad. Kami tahu dia masih kosong, masih mentah. Jadi kami cabar dia. Kami bagi 1 mini projek, suruh dia siapkan. Kami panggil seorang senior developer, tanya mini projek macam ni berapa lama, si senior jawab 2 bulan siap.
Jadi, kami cabar anak muda ini untuk siapkan projek tersebut dalam masa 4 bulan. Kalau siap, aku akan bayar gaji yang dia minta itu siap bayar backdated. Dia yakin dan sahut cabaran tersebut. Selepas 4 bulan tak siap, selepas 6 bulan tak siap, selepas 1 tahun baru siap. Itu pun di bawah bimbingan senior-senior di dalam office kami.
Selepas 1 tahun, kami tanya dia, kalau kami bayar dia RM4,000 berapa banyak kami akan rugi tunggu dia siapkan projek tersebut. Dia faham dan dia sedar yang kami telah invest duit kami untuk dia belajar. Selepas itu, kami suruh dia buat mobile apps pula, kali ini dia makin laju. Makin cepat belajar. Skill dia cepat bertambah. Ada projek dengan Petronas pakai .Net pun dia cepat saja adapt.
Dia datang awal pagi, balik tengah malam, dia terus belajar, weekend kami panggil dia datang, malam kami mesej dia reply. Langsung tak berkira. Inilah kualiti yang kami cari. Kualiti seorang pekerja membuktikan dia berharga. Hari ini, dia telah jadi core person dalam team aku.
Masa dia nikah, kami sponsor kesemua barangan rumah dia, termasuk katil, tilam dan aircond yang kami panggil bonus ranjang. Biar dia happy perform minggu pertama. Kami ingat lepas nikah dia slow down sikit, tapi dia makin steady, makin rajin, makin terer. Segala projek disiapkan dengan pantas dan dijaga rapi.
Jadi kami decide untuk hadiahkan dia sebuah kereta. Kami suruh dia pilih, dia nak kereta apa? Dia pilih Vios. Aku suruh dia ambil Vios paling power, paling high spec, iaitu Vios GR Sport! Kata boss sorang lagi,
“Alang-alang nak beli, biar yang high spec, nanti takyah kecoh-kecoh nak bikin dah..”
Inilah harga yang kami bayar kepada mana-mana pekerja kami yang cemerlang. Kami takkan mensia-siakan mereka yang telah membuktikan diri mereka setia, rajin dan menunjukkan kebolehan diri mereka berharga buat kami. Sebelum ini senior dia pun kami telah hadiahkan sebuah kereta, juga disuruh ambil the highest specs, menitis juga air mata dia.
Apa yang aku nak cerita dekat sini adalah, jika kau seorang pekerja, pilihlah untuk jadi pekerja yang cemerlang. Pekerja yang setia dan tidak berkira dengan boss kau. InsyaAllah boss kau akan appreciate kau. Kalau boss kau tak appreciate kau, kau cari aku, kerja dengan aku.
Tak rugi kau strive masa muda ni. Kalaulah boss kau tak nampak, kau tahu kau dah makin terer, kau tahu harga kau berapa. Offerlah skill dan pengalaman kau tu kepada boss baru. Tapi kalau kau sendiri pemalas, berkira, takda skill, apa yang kau boleh offer untuk majikan lain pula. Kan?
Nasihat aku kepada orang muda, strive for your first 2-3 years working life. Learn as much as you can. Prove to your employer that they never waste even 1 cent for your salary.
Ada sesiapa berminat nak jadi macam dia? Boleh pm aku. Aku perlukan orang sales & marketing, graphic designer, ads experts, programmer, operation dan manager.