MENJUNJUNG KASIH CHE PUAN KHALEEDA (CPK)!

M

Nampaknya CPK telah meluahkan perasaannya secara ikhlas dan jujur. Bukan sebagai seorang bakal permaisuri, tetapi sebagai seorang insan yang ada hati nurani yang insaf.

Rasanya, apa yang dirasakan oleh CPK sama sahaja apa yang dirasakan oleh rakyat marhaen. Rakyat marhaen semua tahu yang segala move tarik diri apa semua itu drama nak tangguhkan kes.

Selain itu ia dilihat mempermainkan mahkamah dan hakim dengan menarik diri di saat akhir. Dalam masa yang sama mereka boleh bersama dan berjimba pada malam harinya.

Perkara ini tidak perlu menjadi peguam untuk faham, mata hati dan nurani rakyat marhaen pun jelas nampak. CPK pun sebagai manusia biasa boleh nampak. Dan luahannya adalah luahan biasa seorang insan.

Tidak nampak dia nak mengganggu proses mahkamah pun. Yang mengganggu proses mahkamah ni mereka yang menyalahguna proses mahkamah seperti minta tangguh, tangguh dan tangguh.

Buat permohonan itu dan ini, rayuan itu dan ini. Tetapi nak tarik diri jadi peguam di saat akhir tiba-tiba tidak pandai ikut prosedur yang betul. Nampak sangat ia drama yang dibuat-buat.

Aku tak pelik kalau ada di kalangan peguam mereka yang menghina satu-satunya kerabat yang bangkit bersuara tentang kes adik Bella. Di saat segala politikus menikus dan sepi di parlimen. Kerana apa?

Kerana peguam itu mempunyai adik yang bacul melarikan diri daripada proses undang-undang dan keadilan di Malaysia ke Sweden ke Iceland. Atas kesalahan menghina Istana negeri CPK. Maka, dia mungkin menyimpan dendam dan benci terhadap keluarga istana ini.

Tapi aku tidak hairan. Apalah sangat keluarga diraja itu pada pendiriannya. Suami sendiri pun dia keji. Nabi SAW pun dia berani hina dan fitnah. Apalah sangat segala raja dan pemimpin negara. Betul tak?

Cuma aku pelik kenapa tiada apa-apa tindakan terhadapnya..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.