Menurut DBP, setinggan adalah penduduk haram atau penceroboh. Jadi, mentaliti setinggan ini bermaksud pemikiran penduduk haram dan penceroboh.
Apa itu mentaliti setinggan atau pemikiran penceroboh atau penduduk haram ini?
Mentaliti setinggan biasa dikaitkan dengan sikap, perangai, dan jiwa yang tidak baik. Kotor, selekeh dan jijik. Aku percaya bukan semua orang yang tinggal di kawasan setinggan sebegitu. Ada yang jiwa besar dan progresif untuk mengubah nasib. Setinggan hanyalah tempat transit dan dia sedar suatu hari nanti tuan tanah akan ambil balik.
Setinggan itu sendiri adalah penempatan haram di atas tanah orang lain. Apabila pemilik tanah sudah tidak membenarkan mereka tinggal di tanah milik mereka, pemilik tanah dikecam, dituntut itu dan ini. Walhal selama ini tuan tanah membenarkan mereka tinggal di atas tanah mereka secara percuma tidak dikenang dan berterima kasih.
Yang mengecam dan menuntut itu dan ini adalah mereka yang ada mentaliti setinggan. Bertahun-tahun peluang diberi, mereka tetap tidak bersyukur. Yang tiada jiwa setinggan, mengorak langkah progresif. Jumpa tuan tanah, minta maaf, ucap terima kasih dan pergi tanpa banyak soal. Bahkan mendoakan tuan tanah kerana memberi mereka tempat secara percuma selama ini.
Mentaliti setinggan ini lebih kepada pengugut bukan sekadar penceroboh. Aku pernah melihat telatah dan keletah mereka ini suatu ketika dulu. Ia tanah milik sahabat aku yang diwarisi daripada datuknya. Penduduk setinggan di situ telah tinggal di atas tanah miliknya hampir 50 tahun secara percuma.
Apabila sahabat aku ini nak buat pembangunan di atas tanahnya, mereka bantah, mereka lawan, mereka tuntut ganti rugi. Walhal notis 1 tahun mengosongkan tanahnya sudah dikeluarkan. Yang baik dan steady keluar secara terhormat siap ucap terima kasih. Yang mentaliti setinggan ni berkeras sampai kena buat perintah mahkamah.
Yang lawaknya, ada yang tuntut rumah baru, sewa selama 10 tahun, minta ganti rugi rumah yang dia dah bina. Aku yang sosialis baru balik daripada negeri sosialis pun tak boleh brain. Bahkan ia melanggar prinsip Islam yang adil kepada yang kaya mahupun miskin.
Mentaliti setinggan ini bukan saja berlaku dalam hal penempatan. Tetapi juga berlaku dalam banyak perkara. Sebagai contoh dalam hal pekerja. Hal ini berlaku kepada aku dan Nik Izwan Kamel semasa kami buat project drone.
Korang bayangkan, kami yang cari job, kami punya drone, kami fly sekali, makan minum transport dan tempat tinggal kami provide. Gaji kami bayar on time takda lewat. Tiba-tiba 2 orang pekerja kami yang ikut projek tu nak resign.
Korek punya korek.
Rupanya alasan dia,
“Boss dapat projek nak dekat sejuta, bagi bonus 5k je..”
Dia taktau yang kami sepanjang tahun tu takda gaji, kami modalkan kerja, kami yang pecah kepala, diorang setiap bulan dapat gaji dan ikut je, kami layan dengan baik. Bila hujung tahun dia expect profit sharing?! Inilah dia mentaliti setinggan. Dia lupa yang kami ni bagi mereka peluang. Dia lupa “kontrak sosial” dia dan majikan. 5k itu pun kami tak patut bagi sebenarnya. Tapi tanda penghargaan, kita bagi. Itu pun tak bersyukur.
Begitu juga mereka yang kerja dengan jawatan kontrak. Dah terlalu lama. Sampai terlupa matlamat dan tujuan kontrak itu diwujudkan. Terlalu complacent. Apabila kontrak itu hendak ditamatkan, dia marah pula. Bukankah ianya contract kenapa kau expect lebih dari itu?
Mentaliti setinggan harus dibuang dalam benak kepala setiap manusia terutama orang Islam. Seorang Muslim tidak patut ada mentaliti setinggan. Seorang Muslim patut ada jiwa besar yang proaktif dan progresif. Bukankah Allah telah memeritahu kita,
وَمَا مِن دَآبَّةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَاۚ كُلّٞ فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ
(maksudnya) “dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya” (Surah Hud : 6).
Allah juga suruh kita berusaha mengubah nasib sendiri,
لَهٗ مُعَقِّبٰتٌ مِّنْۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهٖ يَحْفَظُوْنَهٗ مِنْ اَمْرِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ وَاِذَآ اَرَادَ اللّٰهُ بِقَوْمٍ سُوْۤءًا فَلَا مَرَدَّ لَهٗ ۚوَمَا لَهُمْ مِّنْ دُوْنِهٖ مِنْ وَّالٍ
“Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Ar-Ra’du : 11)
Jangan lupa, keajabaian yang Allah beritahu di dalam ayat yang orang Melayu panggil ayat seribu dinar,
وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرً
Maksudnya: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(Surah Al-Talaq: 2-3)
Syaratnya adalah bertaqwa dan bertawakal. Adakah apabila kita mempunyai mentaliti setinggan kita seorang yang bertaqwa dan bertawakal?
Bumi Allah luas. Allah boleh memberi rezeki di mana-mana sahaja. Tepuk dada tanya iman masing-masing.