MENTERI PALING BANGANG?!

M

Selepas aku hadir ke bilik mesyuarat pejabat menteri pasal #JusticeForBella, aku telah keluar dengan membawa satu kesimpulan. Menteri itu ialah menteri paling bangang.

Aku dijemput dan dipanggil ke mesyuarat tersebut. Aku kira menteri ni steadylah sebagai menteri yang sepatutnya menjaga kebajikan anak-anak JKM.

Adik Bella ialah anak JKM. Sepatutnya ibubapanya ialah JKM dan menteri. Malangnya mereka ialah ibubapa yang tidak kisah adik Bella didera. Mesyuarat itu telah menyebabkan aku “menjerkah” menteri.

Siapa yang hadir tahu betapa aku sangat kecewa dengan JKM HQ dan menteri. Aku balon mereka sehingga aku minta adik Bella diberikan kepada aku, biar aku jadi ibubapanya supaya aku boleh menyaman si pendera, JKM HQ dan menteri.

Kalau anak korang kena dera macam tu. Apa perasaan korang? Adakah korang akan biar pendakwaan itu sekadar pengabaian sahaja? Sudah pasti korang mahukan hukuman yang semaksima mungkin. Yang bestnya lepas itu, mereka melantik lagi sekali Syed Azmi kawan baik Siti Bainun tu jadi penasihat mahkamah kanak-kanak sekali lagi. Uhuk.

Dalam mesyuarat itu, wakil JKM HQ ( Jusa level) dan menteri seolah-olah tak kisah. Kenyataan menteri selepas meeting itu juga macam endah tak endah dan sekadar buat syarat. Mereka kata pengabaian itu sama saja sebab under seksyen yang sama. Itu yang aku menyirap tu.

Kami tunjukkan ada beza pendakwaan pengabaian dan penganiayaan, mereka macam tak boleh terima. Takpa, mereka memang “ibubapa” yang tak guna. Kami fight sendiri. Sekarang, pendakwaan ditambah kepada pengniayaan juga.

Anak kau luka parah, trauma dan kesakitan. Kau boleh rilex je. Ya, dia bukan anak kandung kau. Tapi mereka di sana mengambil gaji dan elaun. Menjaga dan membela anak-anak JKM adalah tanggung jawab mereka! Kalau taknak jaga, resign!

Nah, hari ini apa khabar JKM HQ? Apa khabar menteri?

Khabarnya menteri sangat rajin cuci tahi unggas, sampai JKM HQ tukang backup? Sebelum itu datang bagi bantuan pakai heels, sebelum tu lagi buat majlis nak bagi bantuan.

Satu Malaya tahu betapa bangangnya gandingan korang kan hari ini?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.