Zubair bin al-Awwam radiallahu ‘anhu berkata:
مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَكُونَ لَهُ خَبْءٌ مِنْ عَمَلٍ صَالِحٍ فَلْيَفْعَلْ
Sesiapa daripada kalian yang mampu menyembunyikan amal solehnya, lakukanlah hal tersebut.
[Musannaf Ibn Abi Syaibah, Kitab az-Zuhud : 34063]
سفيان بن عيينة ، قال : قال أبو حازم اكتم حسناتك أشد مما تكتم سيئاتك
Sufyan bin ‘Uyainah berkata: Abu Hazim berkata: Sembunyikan kebaikan-kebaikan kamu melebihi kalian menutup keburukan-keburukan kalian.
[Hilyatul Awliya’]
Az-Zubair ibn Al-Awwam ialah salah seorang sahabat Nabi dari 10 sahabat yang dijamin syurga juga menasihatkan supaya kita menyorokkan amal kebajikan kita.
Siapa kita, lebai selebriti dan influencer nak dibanding dengan Az-Zubair?
Fikir-fikirkan..