MUNGKINKAH NAJIB AKAN DIBEBASKAN?

M

Siapa yang follow aku tahu yang aku secara konsisten tidak bersetuju bagaimana Najib dilayan oleh mahkamah. Aku berpandangan yang mahkamah dilihat tergesa-gesa untuk memenjarakan Najib. Hal ini disokong oleh seorang hakim di dalam review keputusan federal court.

Selain Hakim Nazlan didapati pernah berada di dalam board Maybank yang terlibat dengan pinjaman SRC, terdapat juga siasatan SPRM ke atasnya yang entah apa jadilah.

Saksi-saksi daripada SRC di dalam mahkamah pula, tiada yang memberitahu mereka mendapat arahan daripada Najib secara terus, tetapi Jho Low. Ada missing link pada pada pandangan aku.

Selain itu, Zetty Aziz juga tidak disiasat, walhal dibuktikan terdapat transaksi dana yang meragukan di Singapore. Sebagai gabenor BNM ketika itu, sepatutnya dia advise Najib tak terima duit ke account personal.

Tommy Thomas pula di dalam bukunya menulis, dia memang buat kerja AG atas apa yang Tun M arahkan sahaja. Once dah selesai, dia chow. Antaranya adalah charge-charge berunsur politik di zamannya.

Jadi, jika representasi ini diterima, mungkin ia menjadi hujah untuk pengampunan kepada Najib diberikan disebabkan pendakwaan dan pengadilan yang ada unsur konspirasi politik.

Telahan aku, Najib akan dibebaskan untuk membantu Anwar mengambil semula sokongan orang Melayu. Aku sekadar berteori sahaja. Apa pun, Najib boleh bergelak ketawa dengan kehadiran GST nanti.

Eh, VAT!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.