Hari ini first time aku try MYCAR sebab katanya pemiliknya Bumiputera Melayu Muslim (BMM).
Sebelum ini dengar cerita apps cam jilaker, driver kurang dan mahal. Tapi semua itu telah dinafikan hari ini.
Dari booking, driver dan harga semua ok. Booking senang, driver cepat dapat dan harga lebih murah dari Grab.
Yang menariknya, driver MYCAR ini orang Cina yang berasal dari Kulai. Dia kata MYCAR tap hanya 15% tidak seperti Grab yang lebih tinggi.
Dia sangat berpuas hati dengan MYCAR sebagai driver dan aku sebagai rider pun sangat berpuas hati untuk hari ini.
Eloklah MYCAR ini disokong supaya GRAB tidak jadi besar kepala. Biasanya syarikat yang dah monopoli akan jadi besar kepala dan lupa diri.