Masa aku sekolah menengah dulu. Aku berkawanlah dengan beberapa kawan. Dalam kawan-kawan aku, aku jelah anak orang susah, anak orang miskin. Kaya sekejap, pastu miskin balik sebab parents tak belajar tinggi. Kena tipu. Sedih..
Sorang kawan aku anak pegawai Jabatan Pendidikan Selangor yang dihormati, seorang lagi anak pilot yang didambakan duit derma dari orang kaya, seorang anak cikgu yang cikgu-cikgu ni berkawan dengan parents dia.
Masa di asrama pula, roommate aku anak CEO BSN. Walaupun dia ni sengal. Tapi HEP aku sayang dia. Sebab nak minta bapa dia buatkan ATM dekat sekolah. Aku? Manjang jela kena maki. Sampai hari ini aku taktau apsal si tua kutuk tu nak buli aku dan roommate lain yang marhaen ni.
Selalunya segala kenakalan dilakukan bersama-sama, tetapi memang aku jelah jadi punching bag cikgu. Sebab aku anak orang miskin. Parents aku tak sponser PIBG kan. Kadang-kadang kawan aku yang buat masalah, cikgu kata aku yang virus. Aku yang ajar.
Sialan betul. Kawan aku hisap rokok, aku kena tuduh hisap rokok juga. Kawan aku bakar softboard kelas, aku kena tuduh bakar sekolah. Aku tolong kawan aku kena pukul, aku yang kena panggil gangsta. Oklah, gangsta. Steady!
Tapi yang celakanya, bila cikgu tu dengar ada orang nak pukul aku. Cikgu setan sorang tu boleh happy. Bila aku yang menang, dia kecewa. Yang bestnya, budak kelas belakang yang memang jahat cari pasal dengan aku, cikgu tu kata eloklah kau berlawan dengan dia.
Sampai aku dah boring dengan drama cikgu-cikgu sengal ni. Aku tak pergi sekolah. Lepas mak aku tau. Dia pergi sekolah tanya apa masalah. Cikgu cop aku pula. Siap sindir-sindir aku suka ngadu dekat mak. Aku selalu cerita dekat kawan-kawan aku,
“Mak datang sekolah komplen atau nak dengar cerita, kalau mak kau miskin. It’s a curse!”
Lepas hari tu, aku haramkan mak aku datang ke sekolah. Biarlah aku hadap segala bala dekat sekolah sorang-sorang. Aku kan anak jantan. Aku janji PMR aku score, SPM aku score.
Selama aku tinggal di Australia, aku suka tengok sekolah diorang. Macam takda masalah dan happy. Rupanya, pemilihan nak jadi cikgu sangat ketat. Cikgu yang dipilih disaring dan diaudit dengan begitu rapi. Salah satunya adalah mereka mesti..
BERJIWA PENDIDIK!