NAK NIKAH LAGI? NAK POLIGAMI? BACA SAMPAI HABIS! PASTI TIDAK MENYESAL!

N

Dalam beberapa bulan lalu, seorang rakan lama aku mengeluh tentang ekonomi yang tak berapa baik. Katanya,

“aku ingat Anwar jadi PM, harga barang turun, income negara naik. Sekali ceroi!”

“aku ingat Rafizi jadi menteri ekonomi dia buang cukai-cukai yang menindas B40-M40 macam aku ni, sekali dia kasi on cukai LVG yang kerajaan lebai cadangkan pula! Sekali lagi ceroi!”

“dia takpalah gaji menteri puluh ribu, kita ni? Dah level hidup segan, pengsan pun tak mahu dah ni..”

Aku lihat dia sungguh sugul, serabut dan tak tentu arah. Aku tanya dia,
“kenapa kau dilihat sangat bermuram durja wahai Leman?”

Dia jawab,
“aku sudah bertunang dengan seorang janda anak 7, bulan 7 tahun depan aku mahu menikahinya dan menyara kesemua anak-anaknya. Tapi, malangnya perniagaan aku sedang jatuh terlungkup..”

“kau boleh bantu aku wahai sohibussamahah poligami?”

Aku merenung jauh ke planet marikh, tiba-tiba aku teringat sahabat aku, jutawan Amazon Abu Turab Malik, sepupu kepada Zain Malik yang dulu tinggal di UK. Kepakarannya adalah berniaga di Amazon. Dia sudah berjaya “flip” akaun Amazonnya bernilai jutaan pound UK! Mereka takda kena mengena dengan CEO LHDN yang baru Abu Tariq.

Ini aku boleh sahkan. Aku verified. Abu memang berjaya flip account dia berjuta pound sterling. Takkan korang tak percaya aku kan? Aku scam korang apa aku dapat?

Aku pun ajak Leman jumpa Abu Turab, selepas Abu cerita itu dan ini pasal Amazon. Dia terus tersenyum. Macam dapat nirvana. Lantas dia berkata,

“Ana dah dapat! Ana dah nampak masa depan yang gemilang..”

Kemudian dia terus tanya Abu,
“Tuan Abu takda nak buat kelas coaching ke? Saya rela bayar RM10,000..”

Abu hanya tersengih. Leman pulang sambil bersiul lagu kuda yang mana dan janda putih tu. Aku pula tergelak.

Selepas sebulan berlalu, Abu tak buat apa-apa. Leman dah kembali cemas. Dia call aku adalah 27 kali minta aku pujuk Abu. Sampailah awal bulan ini, aku berjaya memujuk dia untuk siapkan content berkongsi ilmu dan pengalaman.

Yelah, Abu ada track record yang sahih. Ilmu dia pun bukanlah level trade secret trading yang kena ada niche. Dia pun takda menipu dengan PhD palsu bagai. Dia tulen bang. Genuine bro!

Kelebihan berniaga di Amazon ni sebab buying power dia “power” gila ! Kalau tak, takdalah Amazon meletup dengan harga saham naik mendadak dan kekayaan Jeff Bezos naik sampai jadi top 5 billionaire kan? Lagi 1 kau boleh handle dari Malaysia je. Abu pun, dia tinggal di ceruk UK sana, jualan dia di USA. Bukan London-Manchester, tapi ceruk sempadan dengan Wales tu.

Kalau korang berminat nak ada pendapatan dalam USD dan ada rencana nak nikah lagi, boleh try bertalaqi dengan dia. Terutama yang dah ada produk. InsyaAllah, Abu boleh bantu kau. Kalau korang rasa nak berpoligami, tambah bini dan nikah lagi? Mungkin berniaga di USA dan dapat income dalam USD adalah solusinya!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.