NAK TERUS PERCAYA LEBAI?

N

Apabila aku mengusulkan usul #mindaskeptikal, objektif/maksud atau maqasid sebenarnya adalah untuk menyelamatkan masyarakat daripada golongan yang sering menipu dalam sangkaan yang mereka adalah golongan yang boleh dipercayai dan dihormati.

Ini contoh “real” yang terjadi baru-baru ini, SCAM GIGAMAX! Tahukan korang bahawa “anchor/leader” yang telah mempromosikan Gigamax ini adalah seorang lebai tua yang ada PhD. Juga seorang pensyarah di USIM dalam bidang syariah. Disebabkan dia aktif mempromosi dan mempertahankan Gigamax, namanya diangkat dan ditunggang oleh pihak Gigamax, tekong-tekong dan pengekor-pengekor Gigamax.

Ketika itu namanya digunakan sebagai autoriti, orang yang berilmu, dan pengkaji setelah Gabema, aku pasti dia juga banyak dapat pendapatan referal/affiliates untuk Gigamax. Jika tidak, takkanlah dia beriya-iya buat video banyak-banyak. Kalau kau pertikai ketika itu, mesti kau akan dibandingkan kredibiliti kau dengan dia. Kau pandai Bahasa Arab? Pandai i’rab? Pandai usul fiqh?

Namun, jika kau “apply” usul #mindaskeptikal, insyaAllah kau akan terselamat!

Dia graduan syariah daripada Universiti Al-Azhar. Seorang Azhari bukan wahabi Saudi ya! Kemudian dia sambung terus PhD dalam bidang undang-undnag Islam di Glasgow, UK. Dia juga penasihat syariah sana sini, bank pun ada. Korang tengoklah sendiri CV dia yang aku kongsi kat bawah tu.

Siapa kau nak pertikaikan dia? Pengalaman dalam research, publication, policy dan syariah lebih daripada 20 tahun. Dia pun mesti pandai Bahasa Arab dan English. Boleh i’rab, faham usul fiqh, boleh juga baca t&c dalam Bahasa Inggeris. Kertas kajian dia pun boleh tahan banyak. Mesti dia pandai buat research. Kan?

Namun, apa jadi GIGAMAX? Sontot! Dan apa lebai ni cakap lepas tu? Siap buat video lagi. Rujuk di komen video dia.

Jadi, boleh terus percaya tak segala kelayakan akademik sahaja? Pengalaman? Jubah? Kopiah? Azhar? PhD? UK? 20 tahun? Pandai Bahasa Arab? Pandai Bahasa Inggeris? Dia ustaz dia ulama’? Kena terima sebab dia lebai?

Cuma aku tertarik nak komen sedikit pasal lebai ni lepas tangan dan berlepas diri setelah dia menggoda mangsa-mangsa lain dengan video-videonya sebelum ini. Teringat aku ayat Al-Quran berikut :
‎كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلإنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ
Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: “Berlaku kufurlah engkau!” Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!”

Kalau usul #mindaskeptikal dipakai, selamat tak masyarakat daripada terkena scam? Korang lupa ke scam Alfafa dulu pun dibuat oleh seorang lebai yang pandai Bahasa Arab dan berdalilkan fiqh, usul fiqh, Quran dan sunnah..

😜

https://www.facebook.com/watch/?v=7069333803160614

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.