NASIHAT SUCI MURNI & TERBUKA KEPADA KANDA YUSUF AZMI..

N

Kehadapan kanda Yusuf Azmi,

Apa khabar kanda Yusuf? Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi rahmat dan kasih tuhan. Bagaimana keadaan penyakit menggeletar kanda tempoh hari? Sudah pulih sepenuhnya? Harap semuanya sudah baik-baik sahaja. Perniagaan kanda bagaimana? Luar biasa baik? NGO pula bagaimana? Sudah audit?

Kanda yang idolakan,

Apabila dinda diberikan video ini (rujuk video di bawah) oleh seorang rakan, dinda terasa sungguh sebak kerana dapat merasakan kekecewaan kanda terhadap tuduhan-tuduhan ganas yang menimpa kanda beberapa hari ini. Alhamdulillah dinda lihat, kanda telah buat settlement dengan supplier kedai runcit Sembocah yang viral baru-baru ini.

Tidak perlulah kanda buat video terjerit-jerit walhal ia video rakaman kanda sendiri. Jangan buat malu budak 90s kanda. Kanda kena chill, tenang dan rasional. Jangan mengiggil, istighfar banyak-banyak. Biasalah kanda, itu semua ranjau kehidupan dunia yang kanda harus lalui.

Kanda yang dihormati,

Dinda nasihatkan kanda untuk tukarlah perniagaan yang kanda sedang lakukan. Buatlah perniagaan yang benar. Bukankah dulu kanda pernah bilang yang kanda pernah menjadi saudagar kereta yang pernah kaya raya dilimpahi wang yang banyak. Jika kanda tidak mahu jual kereta, boleh buka mini market balik. Bukankah kanda juga sudah jadi affiliator Quantum Mental? Tidak cukup lagi kah?

Jika kanda mahu teruskan juga perniagaan sebegitu, gunakanlah entiti perniagaan bukan NGO. Takkanlah kanda taktau, bukankah kanda sering katakan kanda ini orang undang-undang? Dinda tidak tahu apa jenis kategori business yang kanda lakukan. Consultant? Broka? Debt collector? Negotiator?

Jika kanda masih tegar mahu menggunakan nama NGO Semboyan tersebut, dinda risau kanda akan membuka lebih banyak pintu-pintu fitnah kerana NGO tersebut juga sering mengumpul dana awam daripada masyarakat. Kanda juga tidak pernah melakukan pembentangan audit secara terbuka segala perbelanjaan dan kutipan NGO tersebut.

Kanda yang dipandang tinggi,

Jangan sangka kanda lahir 90s kanda terlalu hebat dan matang untuk mendabik dada dengan masyarakat, ramai lagi budak 80s dan 70s yang sedang memerhati dan mentertawakan kanda. Kanda kena jadi seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Syarikat mini market yang menggunakan nama Semboyan itu jelas-jelas dimiliki adik beradik kanda. Bahkan kanda pemegang saham terbesar! Sudah pasti masyarakat akan mula menyoal kenapa nama Semboyan tetapi dimiliki oleh kanda adik beradik? Apa ini?

Dinda pasti ramai yang mula bertanya dari mana datangnya modal membuka mini market Semboyan itu? Daripada NGO? Daripada gaji kanda di NGO? Berapa gaji kanda di NGO? Akhir sekali, akan balik kepada audit.

Kanda di medan perang,

Dinda pula di medan seni. Kita sama-sama berjuang, sama-sama berbakti untuk ibu pertiwi. Cumanya kanda, dinda telah ditunjukkan beberapa laporan polis ke atas nama kanda. Rasanya perniagaan yang kanda lakukan ini sudah jelas ada masalah. Jika kanda masih nak teruskan, dinda risau kanda akan terlungkup. Dinda lihat, PW pun sudah mula menyerang kanda.

Kanda mungkin risau anak-anak buah kanda tidak ada kerja nanti. Suruhlah mereka pun buat kerja yang benar. Bukan kerja menyergah orang, menakut-nakutkan orang seperti kumpulan Sarip Dol. Kita bukan di zaman jalak lenteng lagi. Suruh mereka berniaga jual ayam goreng ke, jual burger ke, jadi rider atau paling tidak masuk tentera, lagi steady. Lagipun, rezeki daripada Allah kan kanda?

Kanda, masyarakat zaman sekarang ini sudah tahu membezakan video mana yang staged, yang mana ori. Mungkin dulu zaman PPIM lakonan itu semua menjadi. Hari ini tidak lagi. Ahlong mana yang bebal bagi kanda record kamera depan belakang.

Kanda yang lantang dan berpengaruh,

Dinda rasa elok kanda jadi fasilitator PLKN bagi mengelakkan kanda dipanggil ke PLKN. Itu kerja yang mulia juga, menjadi pelatih. Kerja kutip hutang ni bukanlah kerja yang baik dan mulia sangat.

Cuba bayangkan jika kanda buat meniaga benda yang betul-betul. Success sebagai usahawan yang ada product yang bagus, boleh jadi syarikat public listed, ramai anak muda boleh dapat manfaat, boleh belajar dengan kanda pengurusan perniagaan, operasi dan lain-lain.

Daripada yang ada PhD sampai ke yang tidak ke sekolah boleh kerja dan belajar dengan kanda. Tapi kalau berniaga cara PPIM ni, dah ramai yang kantoi, tengok YY, pun dah tersontot. PPIM pun tidak dihormati dah. Audit entah bila nak bentanglah PPIM tu. Kan?

Kanda.. Kanda.. Kanda..

Di akhir nasihat ini, walaupun dinda sebenar jauh lebih tua daripada kanda, tetapi disebabkan kanda suka dipanggil kanda, dinda akurkan keterpalingkandaan tersebut. Tidak mengapa, dinda pun dinda walaupun sangat celaka bunyi itu jika digunakan secara terbuka. Tapi dalam surat kira oklah.

Dinda tau, mungkin kanda nak jadi macam Tokki dan PPIM kerana kanda berasal daripada rahim yang sama. Yelah, Tokki tinggal di penthouse, dilihat punya banyak harta, kaya dan berjaya. Kata teman, kanda mengidolakan Tokki.

Cumanya, cuba kanda berfikir sejenak, siapa Tokki itu? Siapa Tokki sebelum PPIM? Apa perniagaan yang Tokki buat kini sehingga punya segala kekayaan yang kanda lihat itu? Pernigaan legit atau perniagaan NGO?

Kanda seorang Islamis bukan? Cuba tepuk dada tanya iman. Siapakah para sahabat Nabi SAW yang menjadi jutawan, hartawan, dan usahawan yang berniaga macam kanda berniaga? Macam Tokki berniaga? Uthman bin Affan RA? Abdul Rahman bin Auf RA? Abu Bakar RA?

Kanda nak jadi peniaga atau usahawan macam Abdul Rahman bin Auf RA atau usahawan macam sekarang kanda buat? Atau nak jadi macam Tokki?

Pilihan di tangan kanda!
Semoga nasihat ini diambil positif oleh kanda.

Sekian.
Dinda 80s Aliff Ahmad

https://www.facebook.com/watch/?v=722079239775785

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.