Hari ini wall aku dibanjiri oleh komen-komen seorang makcik yang beriya-iya berkomentar di wall aku. Walhal, dia ni dah maaruf penyokong penghina Nabi SAW dan sering mengeji aku dan Kak Mona Din.
Aku tak pernah kenal dia. Aku pun taknak kenal dia. Sakan aku tengok dia nak capub di wall aku. Korang boleh rujuk sini di 2 posting di bawa yang tidak menulis nama siapa pun :
1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=260969472929120&id=100070482068557
2. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=260819139610820&id=100070482068557&mibextid=qC1gEa
Barulah aku faham kenapa Acik kata orang yang kawan dan ikut anak dia itu abnormal. Ya, memang abnormal. Dia boleh memberikan pelbagai justifikasi kepada pengina Nabi SAW, tapi dia tak boleh nak bagi justifikasi dekat kami yang tidak pernah menghina Nabi SAW walaupun sekali.
Mungkin benar kata Nabi SAW yang dihina oleh rekannya itu, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
Perumpamaan seorang individu yang baik (yang duduk bersama dengan kita) dan juga individu yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan juga tukang besi. Duduk bersama penjual minyak wangi sama ada kamu akan membelinya atau kami dapat menikmati bauan wanginya. Manakala duduk bersama tukang besi pula sama ada menyebabkan terpercik api ke badan atau baju kamu, atau kamu mendapati bauan yang busuk darinya.
[HR Al-Bukhari (2101)]
Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata :
وَفِي الْحَدِيثِ النَّهْيُ عَنْ مُجَالَسَةِ مَنْ يُتَأَذَّى بِمُجَالَسَتِهِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالتَّرْغِيبُ فِي مُجَالَسَةِ مِنْ يُنْتَفَعُ بِمُجَالَسَتِهِ فِيهِمَا
Pada hadis ini terdapatnya larangan bermajlis dengan mereka yang memberi gangguan (atau menyakiti) menerusi majlis bersamanya sama ada gangguan itu pada agama atau pada dunia seseorang. Begitu juga (hadis ini) menganjurkan supaya duduk bersama dengan mereka yang kita mendapat manfaat dari mereka dalam urusan agama dan juga urusan dunia.
[Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324)]
Anaknya abnormal, kawan-kawannya abnornal, dan pengikut-pengikutnya jadi abnormal. Yelah, hari-hari hidup bau kepam, itu yang jiwa sendiri pun jadi kepam. Di saat Nabi SAW, kenapa tidak dia beriya-iya mempertahankan Nabi SAW?
Siapa boleh faham apa rasional si abnormal berkawan dengan si penghina Nabi SAW? Apa rasional si abnormal bersama-sama dengan penghina suami, ayah sendiri dan pak mentuanya?
Aku tak boleh brain. Tapi Acik memang benar. Memang sangat abnormal..