ORANG CINA SOLID DENGAN DAP, ORANG MELAYU LEBIH JELAS ANTI KLUSTER MAHKAMAH, RASUAH, KHIANAT DAN BIADAB!

O

Orang Melayu telah menghukum Umno dengan penuh bergaya. Itulah bukti betapa orang Melayu tak kasi muka kepada Umno terutama calon-calon kluster mahkamah. Orang Melayu juga menghukum mereka yang khianat dan menghina orang Melayu.

Zahid Hamidi menang tipis. Azeez Rahim kalah, Mahadzir Khalid kalah. Shamsul Anuar Nasarah juga hanya menang tipis. Bung Moktar menang jangan kira sangat. Dia dekat Sabah. Sampai KJ pun tewas walau disangka boleh menang. Ku Li dan Ahmad Jazlan juga terkena tempias kluster tersebut. Pahang ditawan PN.

Orang Melayu juga menolak kluster mahkamah PH di Tampin iaitu Faiz Fadzil, menolak Syed Saddiq. Saddiq menang dengan undi Cina. Undi Melayu tidak memihak kepada dia. Majoriti dia juga turun walaupun konon ada pertambahan undi orang muda.

Tun M dan Pejuang yang kerap menghina orang Melayu dihukum tanpa belas ihsan. Maszlee Malik juga diajar kerana menghina orang Melayu dan Br1m. Azmin dan Zuraida diajar kerana khianat melompat parti.

Tetapi sebaliknya, kluster mahkamah DAP, Lim Guan Eng menang bergaya. Walaupun sedang dituduh di mahkamah di atas kes rasuah terowong ajaib. Jelas, orang Cina tak kisah pasal hal tersebut. Yang pasti sokongan mereka bulat kepada DAP dan PH.

Budak bekam yang mengaku berasal daripada planet Zargus juga menang di kawasan Cina membuktikan betapa orang Cina kekal wala’ dengan DAP dan PH. Raub juga begitu. Buang Sarjan Hasan juga menang apabila undi Melayu pecah.

Aku harap dengan kemenangan PAS yang penuh bergaya. Kes pengganas LTTE dibuka semula walau apa cara pun, gubal akta, new law. Kalau perlu report baru, buat jela. Agak tidak adil jika pelajar-pelajar yang ada buku berkaitan dengan IS ditangkap dan dipenjara. Takkanlah sebab AG lepaskan terus selamat walhal bukti jelas!

Betul tak?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.