PANDANGAN SESAT YANG MENYESATKAN UMAT..

P

Apabila aku berhujah dengan fakta dan logik tentang larangan suami membuka dan check handphone. Ada lelaki yang menunggang agama menggunakan kaedah fiqh. Katanya, mudharat lebih besar kalau tak check.

Apabila aku memberikan dalil-dalil quran sunnah dan atsar-atsar sahabat. Dia nenafsirkan dalil-dalil tersebut dengan kefahaman sendiri untuk menafikan dalil-dalil yang aku keluarkan. Dia menekan dalil itu untuk kepentingan nafsu dia. Dalam fiqh, orang panggil “pulas dalil”.

Ya, memang benar banyak lelaki-lelaki dan suami-suami yang jahat sebegitu. Ditunggangnya agama, dipulasnya dalil untuk kepentingan dan nafsu dia sendiri. Agar isteri kekal dengannya walaupun hati sudah tidak suka.

Boleh nampak, lelaki ini dalam keadaan in denial kerana dia menindas isterinya. Dia menggunakan anak untuk menindas isterinya. Lelaki seperti inilah yang merosakkan agama. Lelaki seperti inilah yang aku maksudkan si celaka itu.

Tentang larangan buka phone ni. Allah telah larang sejak 1400 tahun yang lalu. Dalam ayat larangan tajassus.

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana sebagian dari pra-sangka itu dosa. Dan janganlah kamu melakukan tajassus (mencari-cari kesalahan orang).

[Al-Hujurat49: 12]

Semakna ayat ini, disebutkan di dalam hadith yang sahih.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الحَدِيثِ، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَحَاسَدُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

Dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda, “Jauhilah persangkaan, kerana sesungguhnya persangkaan itu berita yang paling dusta. Dan janganlah kamu melakukan tahassus, tajassus, saling hasad, saling membelakangi, dan saling benci. Jadilah kalian bersaudara, wahai para hamba Allah!”.

[HR. Al-Bukhari no 6064]

Nah, ini dalil larangan cari salah dan breach privacy! Pulas dalil ni pula! 😜

Tentang kefahaman boleh bercerai mudah kalau takda anak pula, ia adalah pandangan yang batil dan sesat. Kerana alasannya nak lari tanggungjawab anak-anak.

Lihat, bagaimana mereka memulas dalil! Walhal tidak dinyatakan dalam dalil yang bercerai itu melapas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah. Bercerai tidak sama sekali menghapuskan tanggungjawab tersebut.

Mereka tiada dalil dari agama, jadi mereka menggunakan dalil psikologi kononnya anak-anak pasangan bercerai jadi jahat. Mungkin orang seperti mereka ini kuat menonton drama.

Sebenarnya, anak-anak yang rosak akal mereka bukan sebab ibu ayah bercerai. Tetapi disebabkan mereka tidak bercerai. Hari-hari sang ibu complain pasal ayahnya di depan anak-anak. Selepas bercerai pula, mereka masih bergaduh. Itulah sebab utama.

Jika mereka bercerai dengan cara baik, sudah pasti anak-anak juga happy. Anak-anak jauh cepat lebih matang untuk faham realiti hidup yang sebenar. Di barat, ibu ayah tidak berkahwin pun tiada masalah asalkan tanggungjawab dijalankan. Sebab itu di barat sekarang, penceraian makin kurang merosakkan akal anak-anak. Kerana penceraian berlaku secara aman dan profesional. It’s all about acceptance not oppression! Mereka tidak anggap penceraian itu negatif dan taboo dalam social society mereka.

Ada juga lebai yang cuba pakai dalil kononnya kena bersabar sebab Asiah bersabar dengan Firaun. Laki kita tak sejahat Firaun katanya. Maka wajib bertahan dan sabar untuk syurga. Itulah kisah yang digunakan untuk menyuruh kita bersabar. Siapa boleh sabar, silakan. Siapa tak boleh, syariat dah bagi jalan.

Asiah stay sebab menjaga maslahah nyawa. Dia mungkin dibunuh. Dia pun terkurung di istana yang besar penuh pengawal dan tentera. Nak lari keluar pun taktau. Syariat zaman tu pun kita taktau macam mana, ibrah kisah Asiah tak jadi dalil membantah pensyariatan hukum penceraian yang banyak melalui Quran, sunnah dan atsar para sahabat.Faham?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.