PARUT INI MENJADI BUKTI!

P

(Tolong share parut ini!)

PARUT INI MENJADI BUKTI!
PARUT INI MENJADI SAKSI!
PARUT INI MENJADI IGAUAN NGERI!

Kadang-kadang tangan adik Bella akan kesakitan, akan gatal-gatal. Kerap juga adik Bella termimpi-mimpi akan penderaan yang dia alami. Mungkin masih trauma. Mimpi ngeri kerap berlaku. Terjaga malam dan meracau. Inilah yang diberitahu.

Korang yang ada iman di ada, ada akal insani yang waras, ada jiwa manusiawi yang adil, yang punya nurani yang tulus, lihat pada parut ini. Adakah parut ini parut tertumpah air panas biasa?

Parut kekal seumur hidup ini akan terus menjadi bukti kekal yang kezaliman, penindasan, penderaan, dan penganiayaan itu berlaku. KP JKM dan Menteri Rina bertanggungjawab ke atas anak mereka ini selain pendera dan pelakunya!

Tetapi di mana mereka?! Apa menteri wanita dan kanak-kanak itu buat? Dia ada kejar menteri KDN? Dia ada kejar IGP? Dia ada kejar AG? Takda! Dia boleh kata,

“Oklah, kena charge pengabaian saja. Dibawah seksyen yang sama..”

Aku taknak cakap lebih. Korang cari komen aku di bawah untuk refer post asal..

Celakalah mereka yang masih tidak percaya yang adik Bella didera! Parut ini mungkin sudah kering. Tapi PARUT JIWA ini masih berbekas dan mustahil dapat dihilangkan..

;(
#JusticeForBella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.