Mamat ni beriya-iya mempertikaikan integriti mangsa-mangsa pelucah. Hujah-hujah dia sebiji macam yang aku telah tulis sebelum ini.
Rujuk :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=208709791488422&id=100070482068557
Level dia beriya-iya sampai dapat top fan tau!
Aku pun tak berapa faham kenapa ada manusia yang cuba menekan mangsa-mangsa sex predator. Walhal, mereka sebenarnya telah menjadi setan yang membantu lebai predator merosakkan masyarakat terutama wanita.
Sepatutnya orang yang dituduh itu kena come clean-lah. Tunjuklah bukti-bukti dia. Toilet rumah dia macam mana, whatsapp sebenar macam mana, lepas tu buatlah sumah mubahalah. As simple as that. Since mangsa sudah melakukan mubahalah. Walaupun tiada nilai dalam undang-undang, tetapi ia meredakan persepsi masyarakat.
Memang ada taasuber yang sanggup jadi pelucah enabler hanya kerana dia berlakon banyak memberi bantuan dengan kamera. Hanya kerana pelucah itu berkopiah dan berjubah.
Kadang-kadang aku rasa boleh terima hujah ini,
“Tak kena dekat anak bini sendiri dan saudara mara sendiri, bolehlah cakap..”
Tapi kan, ada mangsa ni family dia pun tak percaya kesian dia. Itu yang sampai ada percubaan nak bunuh diri.
Ingat, jenayah dan aib ni berbeza. Jangan kita jadi jenayah enabler pula. Nasiblah predator ni takda dato, kalau ada dato entah macam manalah dia punya taasuber.
Kan?