PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KLINIK WAQFEYA IPOH

P

Semalam aku kat Ipoh. Kawan-kawan belanja makan dim sum, nasi ganja, mi rebus, kue tiaw arang, gopren seorang dua. Terus kepala aku pening kerana terlebih makan. Syukur orang yang bayar. Kalau aku, memang tak mampulah nak makan lebih-lebih.

Semenjak makin tua dan gemuk ni, duit pula tak banyak dan gopren berkurangan. Tidur pun kurang. Yang tinggal hanya satu gopren, itu pun masuk gang lawan aku. Nak makan banyak pun tak boleh dah.

Haih.

Dunia ini memang bukan utopia. Apa yang diharapkan biasanya tak menjadi. Takpalah, since aku ada kat Ipoh. Aku ke Klinik Waqfeya Ipoh untuk buat pemeriksaan secara menyeluruh.

Check BP, ECG, ambil darah, dan ambil urine. Setakat ni, takda apa-apa masalah. Aku tanya doktor,

“So, lambat lagi ke mati?”

Doktor jawab,

“Lama lagi ni boleh pakai.”

Kah kah kah!

Kalau aku mati, insyaAllah akan lahir lagi ramai anak muda yang lebih radikal, brutal dan agresif melawan penindasan terhadap anak muda, usahawan muda, startup dan sme, b40 dan m40.

Jangan takut melawan. Biar mati berdiri daripada hidup melutut. We are the future, not criminals.

Gang Ipoh, maila singgah Klinik Waqfeya buat pemeriksaan kesihatan. Kalau sakit TB (Takut Bini) pun boleh mai, tapi kena booking. Pakar TB akan ada waktu malam, kena pre-order.

Kbye!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.