PENGALAMAN AKU DENGAN NGO DAN KAUM PENGUMPUL DANA AWAM..

P

Aku memang skeptikal dengan orang yang minta/hantar bantuan, derma, atau infaq dengan penuh drama dan team publisiti. Jadi biasanya, aku akan SCRUT dulu siapa dia tu. Berlakon dalam gambar dan video. Aku skeptikal!

Kaya mana dia? Apa business dia buat boleh kaya raya macam tu? Betul ke sebab business? Atau ada funder? Cuci duit? Kenapa dia perlukan team publisiti, dengan camera dan photographer bagai?

Untuk nak semak syarikat-syarikatnya, aku akan SCRUT menggunakan Interepo, supaya aku ada rough idea how rich or how capable seseorang itu. Yelah, Tan Sri Syed Mokhtar pun tak pernah buat macam tu!

Lagipun, aku ni bermazhab Umar al-Khattab dalam charity. Nah, baca sini,
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/372159584051227/?d=n

Dalam masa yang sama aku ada pengalaman bersama NGO termasuk persatuan, yayasan, pertubuhan dan kelab-kelab. Ya, memang aku bergaduh dan berperang kerana berlaku kebejatan dalam pengurusan dana awam. Aku kan suka cari gaduh? 😜

Aku mula ada doubt dengan segala ngo ni masa zaman aku usrah dulu, aku tengok lebai sorang ni ke hulu ke hilir oversea atas nama dakwah, tapi sambil menyelam, minum air la jalan-jalan sekali. Kereta pun besar, hidup senang, dia tak bisnes apa pun, dia presiden jemaah.

Yelah, ahli jemaah infaq 1% monthly salary kepada jemaah. Ada yang bagi lebih. Belum lagi income ejen amil zakat, dan collect derma Palestin. Macam-macamlah projek diorang buat. Sentiasa collect derma dan bantuan.

Cumanya aku tak tahu dan tak dibenarkan tahu berapa gaji ayatolla dan ustaz-ustaz yang full time dengan NGO tu. Yang pasti mereka hidup senang, tidak kebulur, tak struggle dan tak hustle macam orang lain untuk hidup. Sebab semuanya ditanggung beres oleh NGO yang dia bai’ah.

Sampailah satu hari, aku lihat kumpulan yang menghantar dana bantuan ke Palestin, singgah di Istanbul. Update gambar berjalan-jalan di sana. Maka ketika mensyuarat, aku minta laporan kewangan terperinci dengan segala expenses. Haram memang tak bagilah. Start dari hari tu aku dah dipinggirkan. Sebelum itu aku dah raise isu ketaksuban usrah dan kelemahan ilmu.

Sampai di Australia, aku bertembung dengan persatuan yang collect dana awam juga. Namanya Mypsa, Malaysia Postgraduate Association. Aku tau ada sorang mamat PAS (skangni Amanah) keluarkan duit persatuan sesukati hati dia. Masa AGM, presiden (orang IKRAM) arahkan bendahari jangan baca laporan kewangan. Maka, aku bising dalam AGM.

Tahun seterusnya, aku dilantik menjadi auditor persatuan, maka laporan kewangan dulu aku dapat lihat. Memang jelas, tiada resit pembayaran atau claim. Semuanya duit keluar tanpa ada apa-apa bukti pengeluaran beli apa, spend apa. Lepas aku release laporan tu, semua senyap. Buat-buat tak faham dan tak nampak.

Di Australia juga aku bertembung dengan usrah ISMA dan IKRAM. Dua usrah ini bertembung kerana mencari pengaruh. Gerakan perlukan penggerak. Gerakan perlukan penggerak yang taksub. Kerana yang taksub ini akan jadi wala’un. Maka mereka perlukan dana untuk menanggung wala’un. Sebab itu mereka aktif mengiklankan aktiviti charity mereka supaya orang ramai hantar duit kepada mereka.

Teringat lagi aku masa ISMA dengan Aman Palestin dan IKRAM dengan Aqsa Syarif bertembung berebut nama di Palestin sebagai penyumbang. Aku pernah bertanya kepada seorang macai ISMA, berapa Abdullah Zaik ambil gaji dekat ISMA dan Aman Palestin? Tengok dia senang dan enjoy je life dia? Haram takda jawapan. Aku suruh dia tanya, dia tak berani.

Selepas habis zaman muda, aku join la international punya NGO. Ingat telus dan steady lah. Pun sama juga. Aku biasa naik flight memang business class. Takpalah, aku kerja, syarikat bayar, bukan NGO kutip duit derma. Masa tu aku balik dari Turki tak silap turun Melbourne. Masa nak ambil seat nampaklah ceo NGO international tu. Aku tanya dia memang NGO bayar naik business class ke? Dia kata dia kumpul point upgrade. Muka cam berubah dah.

Sampai Adelaide, aku gegar office diorang tanya pasal memang diorang allow CEO buang duit travel naik business class ke? Diorang tak jawab. Aku nak tengok booking tiket, diorang taknak tunjuk. Memang sahlah diorang ni pun sama je. Nak hidup senang, buat NGO jaga NGO. Gaji dapat privillage pun rembat.

Semenjak hari tu, aku memang skeptikal gila dengan mana-mana NGO atau apa-apa badan yang collect public fund ni. Aku percaya ada masalah integrity dan ada agenda lain. Ya benar, ada yang dapat manfaat, tapi ada juga yang ambil kesempatan.

Aku tak nafikan, ada NGO yang benar-benar steady, ceo dan all the co-founder sesen pun tak ambil. Diorang even allow orang datang tengok MA (management account) diorang, audit dan even bank statement diorang!

Nanti aku cerita pasal NGO yang aku dah SCRUT dan aku percaya. Nanti orang cakap, kau ni kritik je pandai, tak bagi solusi. Jangan risau, esok aku cerita pasal NGO yang power 1 ni..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.