PENJARA BONDA VS PENJARA MALAYSIA

P

Masa adik Bella masuk penjara Bonda, pun jadi kurus kering. Daripada putih tembam, jadi kurus hitam macam anak Congo! Selepas keluar penjara Bonda, terus tembam ceria dan kembali putih berseri-seri.

Siti Bainun pula, selepas masuk penjara Malaysia, tak sampai 1 tahun, terus kurus selim melim, berseri-seri wajahnya. Sikit lagi boleh lawan gopren aku. Walhal, sebelum masuk penjara Malaysa kategori super heavyweight. Masuk ikut pintu court pun kena mengiring.

Ketika adik Bella dibawa keluar dari penjara Bonda, badannya penuh luka kering dan basah, baru dan lama. Berbau busuk dan ia tidak dirawat dengan betul. Bella juga positif covid ketika itu! Siti Bainun mengesahkan dia tidak bawa adik Bella berjumpa doktor!

Bella tidak dibenarkan dilawat oleh sesiapa pun ketika di penjara Bonda. Hatta, En. Imran pegawai pelindung adik Bella juga tidak diberi maklumat yang benar mengenai Bella. Jiran-jiran yang terjumpa Bella mencari air kerana kehausan juga telah membuat laporan polis kerana terlihat parut dan luka di tubuhnya.

Manakala Siti Bainun ketika di luar penjara, pernah beberapa kali minta tangguh kerana tidak sihat. Semputlah, buat surgery lah, minta MC lah. Selepas dijatuhkan hukuman, peguam Siti Bainun kata dia tak sihat dan takut penjara tak muat kerana Siti Bainun berbadan besar. Jahat peguam dia tu, body shaming client depan-depan!

Tapi, dengan kehebatan Penjara Malaysia, Siti Bainun makin sihat, makin comel. Dia tak minta tangguh court kerana masalah kesihatan dah. Dia dibenarkan dilawat oleh peguam-peguamnya yang telah tarik diri di saat-saat akhir. Keluar dari penjara, haram 1 parut pun takda. Satu luka pun takda. Wow!

Mungkin disebabkan dalam penjara Malaysia disediakan doktor dan pasukan kesihatan yang baik. Dalam penjara Bonda pula, ia sangat misteri, tiada doktor dan pasukan kesihatan. Ohya, mungkin doula tak bertauliah dan pasukan antivaksin yang menjaga Bella barangkali.

Aku rasa bukan doula tak bertauliah, kalau doula tak bertauliah, dia tak suruh siram air panas. Dia suruh rendam terus dalam kolam air panas sampai lemas kot. Kan?

So, korang undi penjara Malaysia ke penjara Bonda? Buat korang yang tag-tag aku kat gambar Siti Bainun yang comel tu, korang boleh stop dah. Cinta dan hati aku tetap milik gopren walaupun dia dah tua..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.