PENYELESAIAN KES BULI

P

Dulu aku pernah cadangkan kepada pengetua sekolah aku untuk buat gelanggang boxing bagi budak-budak fight dalam tu sebagai solusi kes buli. Aku nak tukar budaya buli kepada budaya fight sport. Gasak dan lanyak. Tapi ada rules.

Be a man, fight equally and fairly in the ring. Biasa kaki buli ni masa ramai-ramai je berani. Panggil dia one-on-one, belum tentu dia berani hadap. Masa sekolah, zaman remaja, itulah peluang dan zaman yang kau kena hargai untuk bertumbuk, sepak dan terajang.

Rekod aku. Form 1 sampai form 5, aku ada 5 sekolah. Dari sekolah agama, MRSM dan sekolah harian, aku pernah check in dan merasai. Bukan kena buang sebab membuli, tapi sebab lawan pembuli. Last aku kena buli masa aku darjah 3 dengan budak darjah 6. Aku nekad, once fizikal aku dah lebih kurang size diorang, aku akan repeat balik.

Masa aku form 3, aku tapau balik batch budak-budak yang tua aku 3 tahun tu. Semenjak itu, no one can stop me. Ya, aku pernah dipukul beramai-ramai masa aku seorang diri. Biasalah, 10-30 orang lawan aku sorang diri. Apa nak malu. Masa aku form 5, bertembung dengan cikgu-cikgu kaki buli pula. Cikgu-cikgu kaki buli ni bukan setakat buli pelajar-pelajar, cikgu-cikgu lain pun dia buli.

Aku pernah pengsan kena hayun dengan kayu baseball. Kepala aku berlekuk sebab makan helmet. Tulang rawan hidung aku bengkok sebab kena tumbuk curi. Kening aku terkoyak sebab orang tetak aku. Semua itu serang curi dan lebih 10 orang lawan aku seorang diri. Aku takut? Aku trauma? Tak. Aku bangga sebab nak belasah aku kena ramai-ramai.

Buat mangsa buli. Jangan takut. Lawan balik! Jangan diam. Biar kalah melawan dari kalah menyerah. Bangkit, kuatkan semangat, kuatkan tubuh, belajar martial arts, ajak repeat. Cari balik diorang sorang-sorang. Belasah balik diorang, jangan biarkan hidup anda diigaui mimpi ngeri dibuli. Balas balik dekat si pembuli, jangan buat dekat orang lain.

Jadi penyayang dan berani adalah ajaran yang wajib diajar kepada anak jantan. Dunia ini bukan utopia, tidak sentiasa indah dan makmur. Bukan di sekolah sahaja ada kaki buli. Di universiti, di tempat kerja, di jalan raya, di LHDN, di mana-mana sahaja. Pembuli ini ada sahaja. Hatta, masa aku di Adelaide pun ada beberapa postgrad yang buat perangai nak buli undergrad.

Sepanjang aku melawan pembuli dalam hidup aku, aku percaya pembuli ini terus jadi pembuli sebab dia tidak ditentang dan dilawan. Bila dia ditentang dan dilawan, dia akan behave sikit dan tone down. Tengok statement terbaru CEO LHDN, nampak dah tone down kan. Sebab apa, sebab kita bangkit lawan balik diorang. Selama ni kita senyap, dia terus menerus buli kita.

So, lawan balik! Lawan! Jangan takut! Bangkit! Be brave! Jangan jadi pondan duhai anak jantan! Jangan biarkan diri dibuli!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.