Sebelum korang baca sini, aku minta kau baca dulu artikel yang sebelum ini. Kalau boleh, kau baca sekali komen-komen orang awam tentang PERKESO.
Kalau kau baca komen-komen di wall aku, hatta di wall PERKESO pun kau akan jumpa segala cacian dan makian, maki dan hamun terhadap PERKESO. Jadi maksudnya, aku tidak berseorangan.
Antara cacian-cacian dan makian-makian mangsa PERKOSA adalah :
1. Tidak dilayan dengan baik oleh pegawai-pegawai PERKESO.
2. Permohonan pampasan ditolak.
3. Kutip laju, claim yang lambat.
4. Birokrasi yang memenatkan.
5. SOP yang zalim.
Jadi para penerima gaji hasil dari caruman kami majikan dan pekerja, diharap “take note” lah. Jangan terlalu ego, bongkak dan rasa besar diri. Kalian memegang amanah duit kami. Bukan kami minta untuk berurusan dengan kalian, kami terpaksa dan kami telah bayar!
Mari kita sama-sama merujuk kembali peranan dan kewujudan PERKESO ini. Katanya, PERKESO ini..
“Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).”
Senang cerita macam “insurance kelompok”. Majikan dan pekerja DIPAKSA untuk mencarum di bawah akta. Jadi pendapatan atau income PERKESO ini adalah hasil dari caruman kami majikan dan pekerja.
Sepatutnya majikan dan pekerja ini adalah pelanggan atau client PERKESO. Kami yang membayar untuk kelangsungan hidup PERKESO. Bangunan yang gah, gaji atau elaun pengarah-pengarah, pengerusi dan gaji-gaji pekerja-pekerja PERKESO pasti mengalir dari keringat kami majikan dan pekerja.
Ingat, kami tiada pilihan. Kami terpaksa membayar caruman PERKESO. Jika ada caruman lain selain PERKESO, pasti aku akan memilih yang lebih baik dan lebih friendly menjaga nasib pekerja-pekerja aku. Kerana tanggungjawab aku sebagai majikan telah selesai setelah membuat bayaran tanpa masalah.
Dengan himpunan wang berjuta-juta hasil kerahan paksa inilah PERKESO mampu memiliki bangunan-bangunan yang besar, ahli-ahli pengurusan tertinggi dan pekerja berkereta mewah, event-event mereka di hotel-hotel mewah, dan banyak lagi yang menyakitkan mata.
Kejadian yang berlaku terhadap staff aku yang kemalangan, bukan sekadar HR aku sudah hubungi PERKESO, pengarah (boss) juga telah hubungi. Jawapan mudah mereka adalah ini SOP kami.
Kalau dah tau SOP macam sampah, kenapa tak reform? Pegawai-pegawai di PERKESO ni semua jadi pak turut je ke? Cuba bayangkan kalau majikan juga takda duit untuk membayar advance kepada staff? Kat mana budak tu nak cari duit. Duit banyak-banyak PERKESO himpun untuk apa? Hanya digunakan untuk collection dan penguatkuasaan?
Teringat accountant aku bagitahu, pernah sekali sistem PERKESO down selama 3 bulan, jadi dia tak boleh buat bayaran PERKESO. Laju saja surat amaran dikeluarkan. Walhal sistem PERKESO yang sangat teruk. Dari mereka invest dekat building, baik invest dekat sistem supaya memudah kami sebagai pelanggan. Itu kerja hakiki dan matlamat asal PERKESO pun.
PERKESO juga rajin buat ops untuk memaksa majikan mencarum. Juga suka mengkompaun majikan. Sampai ada majikan yang dihantar waran tangkap. Walhal masalah sebenarnya adalah SOP PERKESO sendiri yang lemah. Cara orang malas. Macam sia-sia sahaja mereka itu dibayar gaji.
Kalau dibandingkan dengan SOP KWSP, mereka jauh lebih progresif dan cerdik berbanding PERKESO. Kalau ada kelewatan atau masalah, mereka akan terus menghubungi pengarah syarikat. Jadi pengarah syarikat boleh terus menyemak apa yang berlaku di dalam HR dan Finance.
Aku pernah tegur pegawai PERKESO tentang SOP mereka yang tidak cerdik, buang masa dan zalim, jawapannya sangat angkuh,
“Encik siapa nak pertikai SOP kami?”
Inilah masalah apabila kaum bongkak dan sombong menguruskan wang amanah kami. Jadi aku tak pelik kenapa di wall PERKESO penuh maki dan hamun.
Kalau PERKESO baik, takda siapa nak pertikai. Kan?
Jadi aku berharap kerajaan membenarkan beberapa pihak lain juga untuk memberi khidmat yang sama seperti PERKESO supaya tiada lagi monopoli dari PERKESO. Disebabkan monopoli inilah PERKESO bersifat angkuh.
Biarlah persaingan sihat harga caruman, nilai pampasan dan perkhidmatan berlaku supaya kami, pelanggan punya pilihan. Biar kami pilih syarikat mana yang baik. Aku pasti dengan cara ini barulah PERKESO akan lebih cerdik, reasonable dan berakhlak mulia.