PROFIL KETUA HAKIM SYARIAH MALAYSIA

P

Kalau dibaca profil Ketua Hakim Syariah Malaysia, kita akan dapati dia bukanlah ahli fiqh atau usul. Dia hanyalah ahli undang-undang syariah Malaysia.

Graduan undang-undang di UIA, master in law daripada University of London dan PHD syariah di UKM. Berpengalaman mengendalikan kes-kes di mahkamah syariah lebih 20 tahun.

Carian dalam Google Scholar juga tidak menjumpai joirnal article yang dia terlibat dalammembincangkan tentang fiqh dan usul fiqh. Dalam profilnya juga tidak ditulis siapakah ulama’ kibar yang pernah menjadi guru-gurunya.

Carian dalam Bahasa Arab juga tidak menemui apa-apa kajian atau kertas kerja dalam Bahasa Arab yang ditulis olehnya. Aku kira seorang yang ‘alim dalam bidang agama pasti adalah makalah dalam Bahasa Arab yang ditulis sendiri.

Yang ditemui dia berada dalam Lembaga Penasihat Syariah as-Salihin Trustee Berhad dan beberapa bank.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.