Seorang programmer biasanya tiada masalah untuk meloncat 1 language ke 1 language atau menggunakan 2-3 language dalam satu satu masa.
Mereka mempunyai logik dan asas yang baik terutama object oriented programming (OOP). Setiap language pada mereka sama saja. Maka language bukanlah isu buat mereka.
Manakala seorang coder biasanya hanya boleh 1 language sahaja. Biasanya logik dia lemah, selalunya hanya boleh buat CRUD sahaja. Yang lebih teruk, hanya boleh 1 framework sahaja.
Coder juga biasanya tiada kemampuan mempelajari language programming lain. Itu sebab gaji coder akan mati sekitar 3k-4k jika nak banding dengan programmer yang boleh meningkat naik ke 5 figures dengan mudah.
Di syarikat software house aku, kesemuanya ialah programmer. Kami juga tiada kecenderungan kepada 1 language. Kami ikut apa language yang client nak. PHP, Ruby, Python, .Net, Java, Javascript dan lain-lain.
So, programmer-programmer kami akan belajar language-language baru. Biasanya akan ambilmasa 2 weeks sahaja untuk menyesuaikan diri. Itulah dia programmer, self taught. Mungkin ada sedikit beza environment, framework atau syntax. Kalau fundamental bagus, dia boleh catch up cepat je.
Aku ada seorang junior programmer baru grad dulu. Memang sengal habis. Tapi selepas 2 tahun, dia dah boleh develope system dalam several language antaranya PHP, .Net, Swift, dan Javascript. Itu sebab aku hadiahkan dia Vios GR.
Ini pandangan aku, sama ada nak terima atau tidak. Aku tak kisah. Seorang programmer tak patut restrict 1 languange atau certain stack sahaja kalau nak jadi programmer berjaya. Unless kau nak buat business sendiri, startup sendiri.
Kerana programmer kena ikut market. Sebagai contoh, GLC dan MNC biasanya suka menggunakan enterprise level seperti .Net. Mereka pandang hina open source. Mereka sanggup bayar mahal untuk itu.
Aku mungkin tidak setuju. Tapi itulah client dan itulah kemahuan client. Berapa ramai talent yang aku interview bila ditanya sanggup tukar language atau tidak, mereka tidak mahu. Maka peluang untuk bergaji lebih besar terlepas begitu sahaja.
Programmer kena berani, kena rajin, kena kental, tapi semua itu hanya di fasa awal pekerjaan, 5-10 tahun. Setelah pengalaman cukup, skill dah banyak, datanglah apa pun, insyaAllah macam makan kacang.
Jadi, aku di sini mencari programmer, programmer yang kental, yang awesome, tak kisah apa language yang kau pakai selama ni. Apa jua technology stack. Asal kau punya fundamental kuat, jiwa cekal, ke marilah kau.
Sama ada kau suka aku ke tak, sokong Bainun atau sokong Syed Azmi, aku tak kisah. Yang penting kau seorang programmer made in Malaysia yang aku maksudkan. Kalau kau jiwa sayur, jangan apply. Hidup ini keras. Politik dalaman dalam dunia pekerjaan lagi dahsyat daripada tulisan aku.
Apply sini :
https://jobs.panglima.org
Programmer front-end atau back-end, system atau business analyst, database engineer, dan mobile developer pun diperlukan.
Jangan PM tepi tanya-tanya, gorenglah cv kau sebaik mungkin, kasilah HR team aku steam dengan CV kau. Masa interview, ceritakan kualiti yang kau ada.
Ok?