PUAK ISMA SA MENGUMPAT AKU DEKAT BELAKANG, TAPI MASA DUDUK DEKAT DENGAN AKU, AJAK JUMPA PUN TAKUT..

P

(Aku nak rekodkan secara terbuka jawapan balas dan cerita sebenar “kontroversi” yang aku buat di Adelaide.)

Semalam, ada sahabat aku tunjuk,
“Lep, Hisham Sharif kutuk kau lep..”

Dia kasi aku link. (Rujuk tangkap layar gambar 1)

Aku pun tengok, pemilik akaun itu nama Yusri Jamal. Dia duk sentap apa entah dengan aku. Tapi aku tak kenal pun dia. Rupanya orang ISMA. Padanlah. (Rujuk gambar 2).

Dalam komen tersebut ada komen Hisham Sharif dan Lutfi Itam. Hisham Sharif ni yang aku cerita dekat Adelaide menjadi punca masalah, selepas itu dia lari. (Rujuk gambar 3, dia dan isterinya)

Tahun tersebut persatuan-persatuan pelajar di Adelaide memang nak buat majlis berbuka puasa sendirian. Taknak ajak ISMA SA asalnya. Kenapa? Sebab ISMA SA memang buat banyak masalah sebelum-sebelum ini.

Jadi mesyuarat diadakan di rumah aku. Hanif dan Hisham Sharif (Mypsa – persatuan pelajar posgrad, Muhaimin (Amin – Kelab Ilmu) dan Shariffuddin (Aput – Kelab Umno). Rumah aku jadi tuan rumah.

Aku hidang karipap mak aku yang tersedap di dunia tu. Habis Hisham Sharif makan. Tengah-tengah mesyuarat. Hisham Sharif tiba-tiba menjadi wakil ISMA SA, mengeluarkan hasrat untuk ISMA SA “join” sekali.

Aku mula-mula rasa macam, kau ni datang atas kapasiti Mypsa, kau boleh jadi “double agent” pula. Namun, atas semangat ukhuwwah Islamiyah, aku membenarkan. Malangnya kami dikhianati. Hisham Sharif lari menyorok bacul. Menghilangkan diri. Ajak mesyurat, minta resit, taknak bagi. Islamis habis!

Ketika sahabat aku arwah En. Imran JPA meminta tolong aku untuk sambut budak-budak JPA, aku suruh Muhaimin yang ketuai. Ada Mat Ridwan, ada Azim, ada Indera. Perempuan pula, ada Aisyah, ada Ainul dan siapa entah seorang tu. Lupa dah nama.

Cerita dia macam ni. Ketika budak-budak ni sampai, ada satu kakak usrah ni, nama di Hidayah. Beriya-iya nak rampas budak-budak baru ni. Aku kasitau dia,
“korang “rilex” kasi budak-budak ni “settle down”, korang masukkanlah bagi dakyah korang. Biar diorang belajar berdikari. Tak bergantung dengab korang.”

Untuk pengetahuan korang, memang perangai puak usrah ni beriya masa tahun pertama sahaja. Dia kasi korang terhutang budi, lepas tu ajak masuk usrah diorang. Itu yang arwah Imran taknak budak-budak ni terhutang budi dengan puak usrah ni.

Nak jadi hal, kononnya akak-akak usrah tu nak tolong diorang carikan rumah. Suruh tunggu kat mana entah. Tiba-tiba budak-budak perempuan tu “call” aku. Cakap sesat, tunggu Kak Dayah tu tak sampai-sampai. “Call” pun tak angkat. Budak-budak baru ni korang fahamlah dia punya kedekut, taknak spend naik teksi.

Aku suruh diorang “call” Indera. Indera “pickup” diorang bawa beli barang dan hantar balik. Sejak kejadian itu, memang budak-budak perempuan tu cari geng aku. Diorang tak cari dah akak-akak usrah tu.

Tiba-tiba!!

Hisham Sharif mesej Muhaimin, dia kata budak-budak perempuan tu mengadu tak selesa sebab budak-budak laki yang uruskan diorang. Hisham Sharif cakap budak-budak tu mengadu dekat bini dia , Hasifah. Lepas Amin bagitau aku, aku tanya diorang,
“Apa korang buat? Korang buat “harrassment” ke?”

Indera kasitau,
“Takda apalah, aku jadi “mover” je. Jom tanya budak-budak tu.”

Aku pun tabaiyun dengan budak-budak perempuan JPA tu. Diorang kata takda cerita apa-apa pun dengan Kak Sifa (bini Hisham Sharif).

Diorang cakap,
“Mandai je buat cerita. Kami ok je dengan korang.”

Aku cakap,
“Kalau saya ajak awak semua “confront” Hisham Sharif dan bini dia, awak semua “on” tak?”

Diorang “on”. Maka, aku suruh Amin balas mesej Hisham Sharif cakap kita nak jumpa depan-depan, minta dia bawa bini dia. Korang tau apa orang ISMA tu jawab, dia taknak dan taknak teruskan.

Hisham Sharif ialah contoh minda pejuang Al-Massaam, hasil tarbiyah latihan muasykar dan mukhayyam. Dia yang mulakan, orang ajak berdepan, lari. Macam dia lari kes dewan tu. Aku berani untuk panggil dia hari ini, untuk dia nafikan dan mubahalah kalau dia berani. Saksi-saksi ramai masih hidup. Laki bini perangai sama. Laki bini ISMA kan.

Siapa yang kenal pensyarah UUM itu tanya dia. Apa dosa yang aku buat di Adelaide? Duit siapa yang aku pernah rompak? Duit persatuan mana yang aku rembat? Pelajar mana yang aku tipu? Perempuan mana yang aku cabul? Apa kontroversi yang aku buat? Haha. Dia takkan boleh jawab.

Yang buat kontroversi tu dia. Dah makan dekat rumah aku. Khianat aku. Buat cerita laki bini, ajak berdepan, lari. Kawan dia kantoi mencabul, dia diamkan sampai keluar surat khabar. Aku ada buat apa? Majlis berbuka tu aku taja pakai duit aku sendiri. Aku tak “claim” kuih-kuih yang aku hantar. Habis licin. Diorang, sewa dewan pun menipu.

Si Lutfi hitam tu hanya bocah sengal yang takda otak. Mana berani nak hadap aku. Sebab dia tahu segala hujah usrah dia aku boleh patahkan. Dan hari ini, tuhan dah tunjuk, duit Aman Palesitn masuk ke akaun syarikat Dollah Zaik. Bocah sengal tu kalau jumpa aku berdepan, korang rasa dia berani. (Rujuk gambar 4 dia konon tengah bersilat dengan pasukan Al-Massaam dia)

Demikianlah hasil tarbiyah ISMA. Mengumpat dan memfitnah aku. Apabila geng dia atau lebai dia sendiri kantoi, diam membisu sorok dan sapu bawah karpet. Mentang ayatolla ada banyak jongkong emas. Alangkah lucunya jemaah ini..

ps : Hisham Sharif dan Lutfi Itam kalau rindu aku, kita boleh buat dialog terbuka. Tajuk, kontroversi Aliff Ahmad di Adelaide.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.