RAMAI IBU BAPA AKADEMI AL-KHAYR DAH MENGHUBUNGI AKU..

R

Bukan 1, bukan 2, bukan juga 3 orang. Secara konsisten kesemua mereka menceritakan masalah-masalah yang sama.

Aku ni bila nak mengkritik, aku dah ada fakta, bukti, dan saksi. Aku sedia untuk disaman dan lawan di mahkamah.

Di mahkmah, lagi sedap aku nak grill diorang. Kalau diorang berani. Cumanya, aku tak sukalah bawa keluar awal. Lagipun bukan semua parents ready.

Parents pun ramai yang masih sedih, terkejut dan tak sangka apa yang berlaku. Maklumlah, mereka sangka lebai-lebai ni malaikat. Takda #MindaSkeptikal.

Alhamdulillah, selepas kejadian ini, mereka dapat bezakan, mana lebai bagus, mana lebai senget, mana ulama’ hakiki, mana ulama’ suu’, siapa ahlul hadis, siapa ahlul hadas, siapa pejuang dan siapa penunggang.

Kesemua mereka menghantar anak mereka ke akademi tersebut disebabkan 2 faktor sahaja, sebab DKJ, sebab al-Khaadem. Ada ke parents nak hantar ke al-Khayr disebabkan al-Mahdi Ali Konspirasi selain anak lebai yang dapat tajaan tu.

Kalau rujuk balik surat termination itu, al-Khaadem hanya tuju kepada DKJ dan Al-Khayr sahaja. Takda nama Ali Konspirasi, nama Khairi Awang dan lain-lain.

Cumanya, tak sangkalah ada seorang ibu kepada pelajar ni bangkit dan bercakap secara terbuka di wall aku. Aku share sikitlah. Kalau korang rajin, carilah sendiri kat wall aku yang dia komen tu.

Apa yang dia cerita itu pun konsisten dengan apa ibubapa lain cerita. Takda beza. Itulah kisahnya. Siapa yang masih mahu “menyembah” kaum lebai secara membabi buta, silakan.

Aku di sini mengajar jangan percaya terus. Pegang dan gugit usul #Mindaskeptikal dengan gigi geraham kalau taknak menyesal di kemudian hari.

Abdul Rahman Ibn Muljam yang hidup zaman sahabat, mengaji dengan sahabat, ahlul Quran yang dapat tazkiyah daripada Umar Al-Khattab RA, tapi akhirnya mati kufur sebagai khawarij yang membunuh Ali RA.

Jadi, aku tak peliklah mana lebai-lebai yang ada PhD, hafal hadis, hafal Quran, pandai syarah agama, tapi jadi merapu, sesat, celaka, dan jadi penunggang agama. Apa nak pelik? Puak ni bukan Umar tazkiyah.

So, takyah nak impress sangatlah. Jangan jadi bodoh. Kadang-kadang aku agree dengan konteks kata-kata Karl Marx,
“Agama itu candu kepada masyarakat.”

Ya, dalam bab agama, ramai yang jadi bodoh! Walaupun dia mengaji tinggi, pangkat tinggi, jumpa lebai, terus jadi bodoh. Seronok lebai bodohkan diorang ni. Mungkin lebai kasi diorang feeling masuk syurga kot.

Di bawah antara screenshotnya. Yang lain cari sebdiri..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.